Cari teks dalam PDF atau dokumen lain dalam Pratonton pada Mac
Anda boleh membuka PDF atau dokumen yang lain dalam Pratonton, kemudian cari perkataan atau sebarang set aksara. Jika anda tidak boleh melihat medan carian di bahagian kanan atas tetingkap dokumen, seret hujung tetingkap (atas, bawah, atau tepi) untuk membesarkan tetingkap.
Dalam app Pratonton pada Mac anda, buka PDF atau imej yang anda mahu cari.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Cari teks: Taipkan perkataan atau frasa pada medan carian dalam bar alat.
Cari frasa yang tepat: Kurung frasa dalam tanda petikan.
Mengumpulkan hasil carian mengikut halaman: Pilih Lihat > Senarai Kandungan.
Isih hasil carian dengan bilangan padanan: Klik Cari Taraf.
Isih hasil carian dengan bilangan halaman: Klik Tertib Halaman.
Tutup bar sisi hasil carian: Klik Selesai.
Cari teks dalam nota: Untuk mencari nota yang ditambah ke PDF (bukannya teks dalam PDF itu sendiri), pilih Lihat > Serlahan dan Nota, kemudian taipkan perkataan atau frasa dalam medan carian dalam bar alat.