Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Lindungi PDF dengan kata laluan dalam Pratonton pada Mac
Anda boleh memberikan PDF kata laluan yang semua orang perlu masukkan untuk membuka fail itu. Kata laluan itu digunakan untuk sulitkan fail.
Dalam app Pratonton pada Mac anda, buka PDF yang anda mahu lindungi dengan kata laluan.
Pilih Fail > Eksport, kemudian pilih Sulitkan.
Taip kata laluan, kemudian taip ia semula untuk sahkan kata laluan.