Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Salin PDF dan imej dalam Pratonton pada Mac
Anda boleh mencipta salinan PDF atau imej jika anda mahu menyimpannya dalam lokasi yang berbeza, mengarkibkannya, atau menukarnya ke format lain.
Dalam app Pratonton pada Mac anda, buka PDF atau imej.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Untuk mencipta salinan dokumen untuk diedit dalam Pratonton: Pilih Fail > Duplikasi. Apabila anda bersedia untuk menyimpan dokumen, pilih Fail > Simpan, masukkan nama, pilih format fail, kemudian pilih tempat anda ingin menyimpannya.
Untuk mencipta salinan dokumen supaya anda boleh mengarkibkannya atau menukarnya kepada format lain: Pilih Fail > Eksport.