Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Pisahkan filem kepada klip dalam QuickTime Player pada Mac
Anda boleh membahagikan filem kepada sebanyak mana klip yang anda mahu. Selepas anda membahagikan filem kepada klip, anda boleh mengaturnya semula.
Buka QuickTime Player untuk saya
Dalam app QuickTime Player pada Mac anda, buka filem yang anda mahu pisahkan menjadi klip, kemudian pilih Paparan > Tunjukkan Klip.
Alihkan penunjuk main (garis menegak merah) ke tempat di mana anda mahu membahagikan klip (atau gunakan Touch Bar), kemudian pilih Edit > Pisahkan Klip.
Filem anda dibahagikan kepada dua klip. Ulang sehingga anda mempunyai seberapa banyak klip yang anda inginkan.
Apabila anda sudah selesai, klik Selesai.