Pindahkan peringatan pada Mac
Anda boleh alihkan satu atau lebih peringatan di dalam senarai atau kepada senarai lain. Command-klik atau Shift-klik untuk memilih berbilang peringatan.
Nota: Semua ciri Peringatan yang diterangkan dalam panduan ini tersedia semasa menggunakan peringatan iCloud yang dinaik taraf. Sesetengah ciri tidak tersedia apabila menggunakan akaun daripada penyedia lain.
Dalam app Peringatan pada Mac anda, pilih Paparan > Tunjukkan Bar Sisi.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Menyusun semula peringatan: Seret peringatan ke atas atau ke bawah dalam senarai.
Anda tidak akan dapat menyeret peringatan yang diisih secara automatik, atau peringatan dalam Senarai Pintar Hari Ini dan Dibendera.
Jika anda menyeret peringatan dalam Senarai Pintar Dijadualkan ke tarikh berlainan, seting tarikh peringatan dikemas kini.
Dalam paparan Senarai Pintar Semua, anda boleh menyeret satu atau lebih peringatan dalam senarai atau ke senarai lain.
Menyusun semula senarai peringatan: Seret senarai peringatan ke atas atau bawah dalam bar sisi. (Anda tidak dapat menyeret senarai ke akaun yang berlainan.)
Alih peringatan ke senarai lain: Pilih satu atau lebih peringatan, kemudian seret mereka ke senarai lain dalam bar sisi.
Alihkan salinan peringatan: Pilih satu atau lebih peringatan, pilih Edit > Salin, pilih senarai dalam bar sisi di mana anda ingin menambah salinan, kemudian pilih Edit > Tampal.