Tambah peringatan daripada app lain pada Mac
Semasa anda menggunakan app, anda boleh menambah peringatan untuk item dalam app—tanpa bertukar ke Peringatan. Sebagai contoh, anda boleh mencipta peringatan untuk halaman web yang anda sedang lihat dalam Safari, nota dipilih dalam Nota, lokasi atau arah dalam Peta, atau kad yang anda sedang lihat dalam Kenalan.
Siri: Cakap sesuatu seperti: “Ingatkan saya esok tentang perkara ini.” Ketahui cara menggunakan Siri.
Nota: Semua ciri Peringatan yang diterangkan dalam panduan ini tersedia semasa menggunakan peringatan iCloud yang dikemas kini. Sesetengah ciri tidak tersedia jika anda menggunakan akaun daripada penyedia lain.
Tambah peringatan daripada app lain
Apabila anda menambah peringatan daripada app lain, ikon atau pautan app ditambahkan pada peringatan. Anda boleh menggunakan ikon atau pautan tersebut untuk kembali ke item dalam app yang anda cipta peringatan, seperti halaman web Safari, mesej Mail, atau lokasi Peta.
Semasa menggunakan app pada Mac anda, pilih item yang anda mahu ingat, klik , kemudian pilih Peringatan.
Jika app tidak mempunyai butang Kongsi, Control-klik item yang anda mahu ingati, pilih Kongsi, kemudian klik Peringatan.
Nota: Dalam sesetengah app, menu Kongsi tidak termasuk Peringatan jadi anda tidak boleh menggunakannya untuk mencipta peringatan untuk item yang dipilih atau lokasi.
Klik untuk menukar atau menambah lebih banyak butiran pada peringatan anda.
Klik Tambah.
Kembali ke app tempat anda telah cipta peringatan
Peringatan yang anda cipta daripada app lain mempunyai ikon app atau pautan untuk membantu anda kembali ke item.
Pergi ke app Peringatan pada Mac anda.
Lakukan satu daripada berikut:
Gunakan ikon app: Jika terdapat ikon app di sebelah kanan tajuk peringatan, klik ikon itu.
Gunakan pautan: Jika terdapat pautan di bawah tajuk peringatan, dwiklik pautan.
Apabila anda menolak panggilan masuk FaceTime, anda boleh mencipta peringatan untuk panggil balik. Untuk mengembalikan panggilan FaceTime kemudian, klik pautan dalam peringatan. Lihat Panggil kembali panggilan FaceTime baharu atau tidak dijawab.