Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Gunakan widget Peringatan pada Mac
Gunakan widget Peringatan untuk mengikuti tugas anda yang paling penting. Anda boleh menambah widget Peringatan ke Pusat Pemberitahuan atau desktop Mac anda.
Widget Peringatan adalah interaktif—anda boleh menandakan item yang diselesaikan terus dalam widget.
Apabila anda mahu melihat semua peringatan dalam senarai, hanya klik widget untuk melihat senarai dalam app Peringatan. Anda juga boleh menambah berbilang widget Peringatan dan memilih saiz serta senarai berbeza untuk setiap widget.
Untuk mengetahui cara menambah widget Peringatan, lihat Tambah dan sesuaikan widget.