Import penanda buku dan sejarah secara terus daripada pelayar lain dalam Safari pada Mac
Jika Google Chrome atau Mozilla Firefox ialah pelayar lalai, anda boleh mengimport penanda buku, sejarah dan kata laluan anda secara automatik apabila anda mula menggunakan Safari, atau mengimportnya secara manual kemudian.
Anda juga boleh mengimport penanda buku yang dieksport dalam format HTML daripada Mozilla Firefox, Microsoft Edge, Google Chrome dan beberapa pelayar web lain. Juga anda boleh mengimport kata laluan yang dieksport ke fail CSV daripada app kata laluan atau pelayar lain.
Penanda buku yang diimport muncul selepas penanda buku sedia ada anda.
Sejarah diimport muncul dengan sejarah sedia ada anda.
Kata laluan diimport masuk dalam Rantai Kunci iCloud anda, jadi anda boleh isi auto maklumat daftar masuk pada tapak web.
Import daripada Chrome atau Firefox secara automatik
Buka app Safari pada Mac anda.
Jika ini ialah kali pertama anda membuka Safari selepas menggunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox, mesej di bahagian bawah halaman mula bertanya anda jika anda mahu menyimpan item diimport.
Pilih pilihan:
Simpan item diimport anda: Safari menyimpan penanda buku, sejarah dan kata laluan diimport anda daripada Chrome dan Firefox.
Keluarkan item diimport anda: Safari mengeluarkan item diimport anda.
Membuat keputusan kemudian: Kembali ke halaman mula dan import item pada masa lain. Untuk melihat halaman mula, pilih Penanda Buku > Tunjukkan Halaman Mula.
Import item secara manual daripada Chrome atau Firefox
Pergi ke app Safari pada Mac anda.
Pilih Fail > Import Daripada Pelayar > Google Chrome atau Fail > Import Daripada Pelayar > Firefox.
Anda boleh lakukan ini pada bila-bila masa selepas anda mula menggunakan Safari, walaupun jika anda telah mengimport item.
Anda mesti mempunyai Chrome atau Firefox dipasang pada Mac anda untuk mengimport.
Pilih item yang anda mahu import.
Klik Import.