Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Lihat pihak yang disekat daripada menjejaki anda dalam Safari pada Mac
Anda boleh melihat pihak yang telah disekat daripada menjejak anda apabila anda melawat tapak web.
Pergi ke app Safari pada Mac anda.
Masukkan nama atau URL tapak web dalam medan Carian Pintar.
Klik dalam bar alat.
Untuk mendapatkan Laporan Privasi yang menunjukkan senarai penjejak dikenali yang telah disekat daripada menjejak anda, pilih Safari > Laporan Privasi.
Untuk mula menyekat penjejak, lihat Halang penjejakan silang tapak.
Nota: Jika anda mempunyai Mac dengan M1 atau lebih baharu, anda boleh melihat laporan Apple Intelligence pada Mac anda untuk melihat cara data anda diproses. Lihat “Cipta laporan privasi Apple Intelligence” dalam Apple Intelligence dan privasi.