Terjemahan Halaman Web dalam Safari pada Mac
Safari menganalisis setiap halaman web yang anda lawati untuk menentukan bahasanya. Penentuan ini dilakukan pada peranti anda sepenuhnya. Jika halaman web boleh diterjemahkan kepada sebarang bahasa pilihan, anda boleh memilih untuk menterjemahkannya. Jika anda menterjemah, Safari menghantar kandungan halaman web (termasuk teks penuh) kepada pelayan Apple untuk terjemahan. Selepas terjemahan selesai, Apple membuang kandungan halaman web.
Nota: Ketersediaan terjemahan dan bilangan bahasa yang boleh diterjemahkan mungkin berbeza mengikut negara atau rantau.
Jika halaman web tidak dilihat dalam mod Pelayaran Peribadi, Safari juga menghantar alamat halaman web kepada Apple. Apple menyimpan alamat untuk sehingga 5 tahun bagi meningkatkan produk, perkhidmatan dan teknologi Apple. Disebabkan Apple tidak menyimpan kandungan halaman web yang anda terjemah, hanya halaman web yang boleh diakses secara awam digunakan untuk meningkatkan produk, perkhidmatan dan teknologi Apple.
Kandungan dan alamat halaman web yang dihantar kepada Apple tidak dikaitkan dengan Akaun Apple, alamat e-mel, atau data lain anda yang Apple mungkin miliki daripada penggunaan perkhidmatan Apple lain anda.
Untuk memberikan anda pengalaman pelayaran yang lebih baik, selepas menterjemah halaman web tertentu, halaman web lain dalam domain yang sama anda lawati dalam tab yang sama juga mungkin diterjemahkan. Safari berhenti menterjemah secara automatik apabila anda melawat halaman web yang bukan lagi dalam bahasa asal yang sama, atau halaman web pada domain berbeza.