Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Tambah folder penanda buku dalam Safari pada Mac
Anda boleh menyusun penanda buku ke dalam folder dalam bar sisi Safari.
Pergi ke app Safari pada Mac anda.
Klik dalam bar alat, kemudian klik Penanda Buku.
Control-klik bar sisi, kemudian pilih Folder Baharu.
Masukkan nama folder.
Untuk menukar nama, Control-klik folder, kemudian pilih Nama Semula.
Seret folder ke lokasi yang anda mahu.