Pin tapak web yang dilawati secara kerap dalam Safari pada Mac
Pinkan Facebook, Pinterest, Twitter, Gmail, atau sebarang tapak web kerap dilawati sepanjang hari. Tapak dipin berada di sebelah kiri bar tab anda supaya anda senang untuk pergi kepadanya bila-bila masa.
Pinkan tapak web
Dalam app Safari pada Mac anda, seret tab dengan tapak web yang anda mahu pinkan ke sebelah kiri bar tab.
Apabila tab mengecil dan memaparkan ikon atau parap tapak web, jatuhkan ke tempatnya.
Anda juga boleh pilih Tetingkap > Pin Tab, atau Control-klik tab, kemudian pilih Pin Tab.
Susun semula tapak dipin
Dalam app Safari pada Mac anda, seret tapak dipin sebelum atau selepas tapak dipin lain dalam bar tab.
Susun semula tapak dipin
Dalam app Safari pada Mac anda, seret tapak dipin sebelum atau selepas tapak dipin lain dalam bar tab.
Nyahpin tapak web
Dalam app Safari pada Mac anda, seret tab dipin ke sebelah kanan bar tab.
Anda juga boleh pilih Tetingkap > Nyahpin Tab atau Control-klik tapak dipin, kemudian pilih Nyahpin Tab.
Duplikasi tapak dipin
Dalam app Safari pada Mac anda, Control-klik pin, kemudian pilih Duplikasi Tab.
Tapak yang dipin dibuka dalam tab berasingan.
Tutup tab dipin
Dalam app Safari pada Mac anda, Control-klik pin, kemudian pilih Tutup Tab.
Tapak dipin kekal di tempat, walaupun apabila anda buka tetingkap Safari baru atau keluar dan buka semula Safari.
Apabila anda klik pautan ke tapak web lain daripada tapak dipin, tapak web itu dibuka dalam tab baru. Tapak dipin anda sentiasa menunjukkan tapak web yang anda pin.