Tambah tapak web ke Kegemaran anda dalam Safari pada Mac
Anda boleh melihat tapak web yang kerap anda akses dengan menambahnya sebagai Kegemaran anda, supaya anda boleh melawatnya dengan satu klik.
Tambah tapak web ke Kegemaran anda
Dalam app Safari pada Mac anda, gerakkan penuding ke atas medan Carian Pintar.
Klik dan tahan butang Tambah Satu Langkah yang muncul di penghujung kiri medan, kemudian pilih Kegemaran.
Anda juga boleh mengklik dalam medan Carian Pintar, kemudian seret URL halaman web yang anda sedang lihat ke bar Kegemaran berhampiran bahagian atas tetingkap, folder Kegemaran dalam bar sisi atau kawasan Kegemaran dalam halaman mula.
Susun Kegemaran anda
Dalam app Safari pada Mac anda, lakukan mana-mana yang berikut:
Susun semula Kegemaran anda: Seret ia ke lokasi berlainan.
Tunjukkan hanya ikon untuk halaman web dalam bar Kegemaran: Control-klik tajuk halaman web, kemudian nyahpilih Tunjukkan Tajuk.
Tunjukkan hanya ikon untuk semua halaman web dalam bar Kegemaran: Control-klik antara halaman web dalam bar Kegemaran, kemudian pilih Tunjukkan Ikon Sahaja.
Edit nama tapak web atau folder kegemaran: Control-klik nama yang anda mahu tukar dalam halaman Kegemaran atau bar Kegemaran, kemudian pilih Nama Semula daripada menu pintasan. Anda juga boleh klik paksa nama, atau tekan dan tahan sehingga ia diserlahkan, kemudian masukkan yang baru.
Keluarkan tapak web daripada Kegemaran: Seret tapak web daripada bar Kegemaran atau daripada kawasan Kegemaran ke dalam bar alat, kemudian lepaskan. Anda juga boleh Control-klik tapak web, kemudian pilih Padam daripada menu pintasan.
Tunjukkan folder penanda buku berbeza dalam Kegemaran pada Halaman Mula: Pilih Safari > Keutamaan, klik Umum, kemudian gunakan menu timbul “Kegemaran Halaman Mula”.
Lihat Kegemaran anda
Dalam app Safari pada Mac anda, lakukan mana-mana yang berikut:
Lihat Kegemaran anda daripada medan Carian Pintar: Klik medan Carian Pintar untuk melihat Kegemaran anda dalam paparan halaman mula, kemudian klik ikon tapak web yang ada mahu lawati. Paparan halaman mula akan hilang jika anda mula menaip dan tidak akan muncul jika anda mengklik medan semasa anda melihat halaman mula.
Anda juga boleh melihat tapak web kegemaran anda apabila anda membuka tab baharu. Jika anda tidak melihat halaman Kegemaran anda dalam tab baharu, tukar seting dalam Tukar keutamaan Umum dalam Safari.
Tunjukkan bar Kegemaran: Pilih Paparan > Tunjukkan Bar Kegemaran. Satu bar dengan tapak web kegemaran anda muncul di bawah bar alat.
Jika anda melihat tanda kurung sudut di hujung kanan bar, kliknya untuk menunjukkan penanda buku anda yang lain, atau meluaskan tetingkap Safari.
Buka tapak web Kegemaran: Klik dalam medan Carian Pintar, kemudian klik tapak web di bawah Kegemaran, atau klik tapak web dalam bar Kegemaran (atau gunakan Touch Bar).
Nota: Kekalkan tapak web kegemaran anda sama pada semua peranti dengan mendaftar masuk menggunakan Apple ID yang sama. Pada iPhone, iPad atau iPod touch anda, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud, kemudian pastikan Safari diaktifkan. Pada Mac anda, buka Keutamaan Sistem, klik Apple ID , klik iCloud, kemudian pastikan Safari diaktifkan. Jika penanda buku untuk tapak web kegemaran tiada pada satu peranti, anda mungkin telah memadamkannya pada peranti lain.