Kongsi atau siarkan halaman web dalam Safari pada Mac
Dengan butang Kongsi ,, anda boleh berkongsi halaman web daripada Safari menggunakan Mail, Mesej, Nota, Peringatan dan banyak lagi. Jika anda baru-baru ini berkongsi dengan kenalan, mereka akan kelihatan di bawah senarai supaya mudah anda berkongsi dengan mereka lagi.
Dalam app Safari pada Mac anda, klik butang Kongsi dalam bar alat atau pilih Fail > Kongsi.
Pilih cara berkongsi halaman web.
Apabila anda e-mel halaman, Mail membolehkan anda memilih sama ada untuk menghantarnya sebagai halaman web, PDF, pautan, atau artikel Pembaca (jika halaman itu adalah artikel). Lihat E-melkan halaman web yang dikongsi daripada Safari.
Untuk memilih item yang kelihatan dalam menu Kongsi, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Sambungan . Lihat Tukar keutamaan Sambungan.