Lihat cerapan kelas, tugasan dan pelajar dalam Schoolwork
Untuk membantu anda memaklumkan arahan dan mendapatkan pemahaman yang lebih baik tentang kelas, tugasan dan trend pelajar anda dari semasa ke semasa, Schoolwork menyediakan kad cerapan dengan data berkenaan kemajuan pelajar ke arah penyelesaian aktiviti dan tugasan, prestasi, masa yang diluangkan untuk aktiviti dan tugasan, serta kekerapan penggunaan dan penglibatan.
Menggunakan kelas, butiran tugasan dan paparan kemajuan pelajar, anda boleh melihat kemajuan, prestasi, masa yang diluangkan dan trend kekerapan untuk kelas, tugasan dan pelajar anda serta memutuskan sama ada anda perlu melaraskan arahan.
Lihat cerapan kelas
Paparan kelas memaparkan kemajuan, prestasi, masa yang diluangkan dan trend kekerapan untuk kelas yang dipilih.
Dalam app Schoolwork , ketik kelas dalam bar sisi.
Schoolwork memaparkan paparan kelas, termasuk kerja yang perlu dihantar dalam minggu ini dan cerapan kelas.
Lihat cerapan tugasan
Paparan butiran tugasan memaparkan kemajuan, prestasi, masa yang diluangkan dan trend kekerapan untuk tugasan yang dipilih.
Schoolwork memaparkan cerapan kemajuan data aktiviti untuk semua tugasan aktif.
Dalam app Schoolwork , ketik Aktiviti Terkini, Tugasan atau kelas dalam bar sisi.
Ketik tugasan.
Schoolwork memaparkan paparan butiran tugasan, termasuk data dan cerapan aktiviti untuk tugasan yang dipilih.
Lihat cerapan pelajar
Paparan kemajuan pelajar memaparkan kemajuan, prestasi, masa yang diluangkan dan trend kekerapan untuk pelajar yang dipilih.
Dalam app Schoolwork , ketik kelas dalam bar sisi.
Ketik Pelajar, kemudian ketik nama pelajar yang data cerapannya yang ingin anda lihat.
Schoolwork memaparkan paparan kemajuan pelajar, termasuk data dan cerapan untuk pelajar yang dipilih.
Nota:
Jika anda tidak melihat cerapan Prestasi dan Masa yang Diluangkan untuk aktiviti app pelaporan kemajuan, sahkan yang pelaporan kemajuan dihidupkan untuk organisasi anda dan semua pelajar.
Cerapan Schoolwork tidak merangkumi mana-mana pentaksiran maklumat, data atau analitis.