
Masalah menggunakan Schoolwork dan iCloud Drive
Jika anda menghadapi masalah menggunakan app Schoolwork dan iCloud Drive, cuba cadangan ini.
Sahkan bahawa iCloud Drive dihidupkan (Pergi ke Seting
> Akaun Apple > iCloud, kemudian ketik iCloud Drive).
Sahkan storan iCloud Drive anda yang tersedia. Setiap Akaun Apple Terurus diberi 200 gigabait (GB) storan iCloud Drive.
Jika pelajar menghadapi masalah menyerahkan kerja mereka, sahkan bahawa anda tidak kehabisan ruang dalam iCloud Drive anda.
Schoolwork memaparkan mesej apabila anda hampir kehabisan storan iCloud Drive. Jika mesej ini muncul, anda boleh tandakan tugasan sebagai selesai. Jika diperlukan, anda juga boleh memadamkan, memindahkan atau mengarkibkan sebarang fail Schoolwork yang tidak lagi anda gunakan secara aktif dalam kelas anda. Untuk memadam, mengalih atau mengarkibkan fail:
Gunakan app Fail pada iPad anda.
Gunakan Finder pada Mac anda (didaftar masuk ke Akaun Apple Terurus anda).
Daftar masuk ke iCloud.
Jika pelajar memadam fail Schoolwork di iCloud Drive, mereka tidak boleh mengakses fail dan Schoolwork mengeluarkan mereka sebagai kolaborator. Untuk menambah pelajar sebagai kolaborator semula:
Untuk dokumen iWork: Buka salinan fail pelajar dalam folder Schoolwork anda di iCloud Drive, ketik Butiran Kerjasama > Salin Pautan, kemudian hantar pautan kepada pelajar. Apabila pelajar mengetik pautan itu, mereka boleh bekerjasama dan mengakses fail sekali lagi dalam Schoolwork dan folder Schoolwork di iCloud Drive
Untuk dokumen bukan iWork: Sentuh dan tahan salinan fail pelajar dalam folder Schoolwork anda dalam iCloud Drive, ketik Kongsi > Urus Fail Dikongsi > Pilihan Kongsi > Salin Pautan, kemudian hantar pautan kepada pelajar. Apabila pelajar mengetik pautan itu, mereka boleh bekerjasama dan mengakses fail sekali lagi dalam Schoolwork dan folder Schoolwork di iCloud Drive