Peristiwa trek
Gunakan Sejarah Log untuk periksa hasil skrip dan untuk nyahpepijat dan memperhalusi skrip anda.
Buka skrip dalam Editor Skrip.
Pilih Tetingkap > Sejarah Log.
Susunkan tetingkap supaya anda boleh melihat kedua-dua skrip dan Sejarah Log.
Klik butang Jalankan dalam bar alat skrip.
Jika item dalam senarai mengandungi peristiwa lain, klik segi tiga pendedahan bersebelahannya untuk menunjukkannya.
Anda boleh menapis maklumat di sebelah kanan log dengan mengklik tab di sepanjang bahagian atas.
Untuk membuka skrip dalam tetingkap berasingan, dwiklik item dalam senarai Peristiwa atau klik Tunjukkan Skrip dalam bar alat.
Apabila skrip berjalan, peristiwa yang dilakukan oleh skrip ditunjukkan dalam hierarki dalam Sejarah Log. Senarai Peristiwa di sebelah kiri menunjukkan peristiwa dan masa ia dilaksanakan apabila skrip dijalankan. Peristiwa mungkin terkandung dalam pengendali atau peristiwa lebih besar. Bahagian kanan sejarah log mengandungi maklumat dilog semasa skrip dijalankan.
Anda boleh mengubah suai seting untuk Sejarah Log dalam anak tetingkap Sejarah dari keutamaan Editor Skrip.