Jalankan pintasan
Apabila anda membuka Pintasan, Pustaka muncul, menyenaraikan semua pintasan yang anda telah cipta atau tambah daripada Galeri. Anda boleh menjalankan sebarang pintasan ini.
Dalam app Pintasan, lakukan salah satu yang berikut:
Dalam Pustaka , ketik pintasan.
Dalam Pustaka , ketik pada pintasan yang anda mahu jalankan, kemudian di bahagian atas editor pintasan yang muncul (menunjukkan semua tindakan dalam pintasan), ketik .
Jika tindakan terakhir dalam jujukan menghasilkan pratonton kaya (seperti imej atau lokasi peta), tetingkap pratonton kecil muncul di bawah pintasan. Ketik untuk melihat kandungan dalam skrin penuh, atau ketik untuk menghantarnya ke tempat lain.
Pintasan melaksanakan setiap tindakan secara berturutan (dari atas ke bawah seperti yang disenaraikan dalam editor pintasan). Untuk membatalkan pintasan daripada Pustaka, ketik . Untuk membatalkan pintasan daripada editor pintasan, ketik .
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang berkongsi pintasan anda, lihat Kongsi pintasan.
Sebagai alternatif, anda boleh menjalankan pintasan tanpa membuka app Pintasan dengan cara berikut: