Dayakan atau nyahdayakan automasi peribadi dalam Pintasan pada iPhone atau iPad
Selepas anda mencipta automasi, anda boleh mengeditnya untuk menyahdayakannya buat sementara atau untuk membenarkannya berjalan secara automatik.
Nyahdayakan automasi
Dalam app Pintasan pada iPhone atau iPad anda, ketik Automasi .
Ketik automasi yang anda mahu nyahdayakan.
Nyahaktifkan Dayakan Automasi Ini.
Ketik Selesai.
Automasi tidak akan memaklumkan anda atau berjalan secara automatik.
Dayakan automasi
Dalam app Pintasan pada iPhone atau iPad anda, ketik Automasi .
Ketik automasi yang anda mahu dayakan.
Aktifkan Dayakan Automasi Ini.
Ketik Selesai.
Apabila dicetuskan, automasi akan dijalankan atau akan meminta anda menjalankannya, bergantung pada seting yang anda pilih dalam tugas seterusnya di bawah.
Dayakan automasi untuk berjalan tanpa meminta
Sesetengah automasi peribadi boleh berjalan tanpa meminta pengesahan daripada anda apabila ia dicetuskan.
Dalam app Pintasan pada iPhone atau iPad anda, ketik Automasi .
Ketik automasi yang anda mahu jalankan secara automatik.
Nyahaktifkan Tanya Sebelum Jalankan, kemudian ketik Jangan Tanya untuk mengesahkan pilihan anda.
Ketik Selesai.
Automasi tidak akan memaklumkan anda apabila ia dicetuskan.
Automasi berikut boleh dijalankan secara automatik:
Masa dalam Hari
Penggera
Tidur
Tiba
Tinggalkan
CarPlay
E-mel
Mesej
Transaksi
Wi-Fi
Bluetooth
Latihan Apple Watch
NFC
App
Mod Pesawat
Jangan Ganggu
Mod Kuasa Rendah
Paras Bateri
Pengecas
Pengecaman Bunyi
Nota: Anda juga mungkin perlu mengesetkan tindakan individu untuk dijalankan secara automatik.
Automasi berikut tidak boleh dijalankan secara automatik:
Sebelum Saya Berulang-alik