Jalankan pintasan daripada skrin Utama iOS
Anda boleh menambah pintasan ke skrin Utama iOS.
Serta seperti app iOS lain, anda boleh mengumpulkan pintasan dalam folder.
Tambah pintasan ke skrin Utama
Dalam Pustaka app Pintasan , ketik pada pintasan untuk membukanya, kemudian ketik untuk membuka Seting.
Ketik Tambah ke Skrin Utama.
Ketik Selesai.
Halaman Safari dibuka.
Ikuti arahan pada skrin dalam Safari:
Ketik di bahagian bawah skrin.
Ketik Tambah ke Skrin Utama (dalam baris bawah ikon).
Anda mungkin perlu meleret kiri untuk mencari butang Tambah ke Skrin Utama.
Pilihan: Ketik , kemudian taipkan nama baru untuk pintasan.
Petua: Cuba pastikan namanya pendek, kerana iOS memendekkan nama yang panjang.
Ketik Tambah.
Pintasan diletakkan dalam skrin Utama.
Pilihan: Dalam skrin Utama, ketik pintasan.
App Pintasan dibuka dan menjalankan pintasan.
Tambah ikon pintasan tersuai ke skrin Utama
Anda boleh menggunakan imej daripada Foto, atau foto baru sebagai ikon pintasan dalam skrin Utama anda.
Ikon tersuai seronok digunakan untuk pintasan yang berkaitan dengan app Kenalan. Contohnya, anda boleh mencipta pintasan “Panggil Ari” yang menggunakan gambar kawan anda sebagai ikonnya.
Dalam Pustaka app Pintasan , ketik pada pintasan untuk membukanya, kemudian ketik untuk membuka Seting.
Ketik Ikon, kemudian ketik Skrin Utama.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Ambil foto baru: Ketik Ambil Foto, ambil gambar, laraskan foto dalam kawasan pratonton, kemudian ketik Gunakan Foto.
Gunakan foto sedia ada: Ketik Pilih Foto, pilih imej daripada Foto, laraskan foto dalam kawasan pratonton, kemudian ketik Pilih.
Imej muncul dalam skrin Ikon.
Ketik Selesai untuk kembali ke Seting, kemudian ketik Selesai lagi.
Dalam skrin Utama, ikon pintasan lalai digantikan dengan ikon tersuai anda. Ikon tersuai tidak digunakan dalam skrin Pustaka.
Keluarkan ikon pintasan tersuai
Dalam Pustaka app Pintasan , ketik pada pintasan untuk membukanya, kemudian ketik untuk membuka Seting.
Ketik Ikon, ketik Skrin Utama, kemudian ketik Keluarkan Foto.
Ketik Selesai untuk kembali ke Seting.
Nota: Walaupun menambah pintasan ke skrin Utama adalah mudah, menambah pintasan ke Paparan Hari Ini iOS memberikan akses yang lebih cepat ke pintasan.