Cipta pintasan tersuai pada iPhone atau iPad
Mudah sahaja untuk mencipta pintasan tersuai baru menggunakan app Pintasan untuk iPhone dan iPad:
Langkah 1: Cipta pintasan baru dalam koleksi pintasan anda.
Langkah 2: Tambah tindakan dalam editor pintasan.
Langkah 3: Jalankan pintasan baru anda untuk mengujinya.
Cipta pintasan baru
Dalam Pintasan Saya dalam app Pintasan pada iPhone atau iPad, ketik di penjuru kanan atas.
Pintasan kosong tanpa tajuk muncul dalam editor pintasan.
Ketik Nama Pintasan, taipkan nama pintasan anda, kemudian ketik Selesai.
Jika Siri didayakan pada peranti anda, perintah “Hai Siri” dipaparkan di bawah nama.
Ketik Tambah Tindakan.
Senarai kategori tindakan muncul.
Ketik tindakan dalam senarai untuk menambah tindakan pada pintasan anda.
Anda juga boleh menyentuh dan menahan tindakan dalam senarai, kemudian menyeret tindakan ke kedudukan yang anda mahu dalam editor pintasan.
Untuk menambah tindakan lain, leret ke atas pada senarai tindakan di bahagian bawah skrin, kemudian pilih tindakan.
Petua: Apabila anda menambah tindakan lain, kategori tindakan yang anda pilih sebelumnya dibuka. Untuk kembali ke senarai semua kategori tindakan, ketik .
Apabila anda selesai menambahkan tindakan ke aliran kerja anda, ketik .
Pintasan tersebut muncul dalam Pintasan Saya .
Untuk mendapatkan maklumat tentang menyesuaikan penampilan pintasan baharu anda (segi empat tepat dalam koleksi pintasan anda), lihat Ubah suai warna dan ikon pintasan pada iPhone atau iPad.
Untuk menguji pintasan baru anda, ketik pada pintasan untuk membuka pintasan dalam editor pintasan, kemudian ketik .
Untuk menghentikan pintasan, ketik .
Petua: Anda juga boleh mencipta pintasan baharu dengan menyentuh dan menahan ikon app Pintasan pada Skrin Utama peranti anda dan kemudian mengetik Cipta Pintasan.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menyusun semula koleksi pintasan anda, lihat Susun semula pintasan pada iPhone atau iPad.
Langkah buat asal atau buat semula semasa membina pintasan anda
Dalam app Pintasan, ketik atau dalam editor pintasan untuk membuat asal atau membuat semula langkah anda.
Anda juga boleh mengetik pada tindakan untuk mengeluarkannya daripada editor pintasan.