Jenis pemboleh ubah yang digunakan dalam Pintasan
Pintasan membolehkan anda mencipta pemboleh ubah secara automatik atau manual.
Pemboleh Ubah Pintar
Dalam setiap pintasan, setiap output tindakan tersedia secara automatik sebagai Pemboleh Ubah Pintar. Berbeza dengan pemboleh ubah manual, Pemboleh Ubah Pintar tidak memerlukan anda menyimpan output tindakan untuk digunakan kemudian—hanya ketik butang Pemboleh Ubah Pintar dan pilih output sebarang tindakan sebelumnya untuk menggunakannya sebagai pemboleh ubah.
Menggunakan Pemboleh Ubah Pintar, anda boleh bertukar ke paparan khas editor pintasan yang menunjukkan semua output tindakan dalam pintasan anda sebagai pemboleh ubah boleh dipilih; tindakan kemudian boleh mengambil input daripada output tindakan sebelumnya. Pemboleh Ubah Pintar juga berguna secara visual, memaparkan ikon tindakan yang menjananya.
Namun begitu, yang menjadikan pemboleh ubah benar-benar pintar ialah kemampuan anda untuk menukar jenis pemboleh ubah—hanya ketik Pemboleh Ubah Pintar untuk menukar formatnya dan untuk menentukan butirannya yang akan digunakan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Laraskan pemboleh ubah dalam Pintasan.
Dalam kebanyakan kes, menggunakan Pemboleh Ubah Pintar meringkaskan pembinaan pintasan dan lebih diutamakan berbanding mencipta pemboleh ubah secara manual.
Pemboleh ubah manual
Anda boleh menambah pemboleh ubah manual ke pintasan menggunakan tindakan Setkan Pemboleh Ubah atau tindakan Tambah ke Pemboleh Ubah. Salah satu tindakan ini mesti diletakkan dalam pintasan selepas tindakan yang menyediakan output yang anda mahu simpan.
Setkan Pemboleh Ubah membenarkan anda mengesetkan pemboleh ubah baru untuk kali pertama atau menulis ganti pemboleh ubah yang disimpan sebelum ini.
Tambah ke Pemboleh Ubah membenarkan anda menambah berbilang bahagian kandungan ke pemboleh ubah yang sama dengan menambah ke pemboleh ubah setiap kali pintasan dijalankan, menyimpan data sebagai senarai tersusun.
Mengesetkan pemboleh ubah secara manual akan memanjangkan pintasan dan membuatkannya lebih sukar dibaca. Dalam kebanyakan kes, pemboleh ubah manual tidak diperlukan—Pemboleh Ubah Pintar melakukan perkara yang sama dengan lebih ringkas. Contohnya, anda boleh replikasi kebanyakan fungsi Tambah ke Pemboleh Ubah dengan meletakkan pemboleh ubah dalam tindakan Senarai dan mengambil pemboleh ubah kemudian.
Untuk mendapatkan maklumat langkah demi langkah tentang menambah pemboleh ubah ke pintasan anda, lihat Gunakan pemboleh ubah dalam Pintasan.