Tertib tindakan dalam Pintasan
Kunci untuk membina pintasan ialah menyusun tindakan dalam tertib yang betul supaya pintasan menyelesaikan tugas dengan baik. Semasa anda menggunakan Pintasan, anda akan menyedari bahawa kebanyakan pintasan mengikuti corak tindakan yang serupa:
Tindakan Dapatkan: Tindakan pertama membawakan kandungan ke dalam pintasan. Lihat Perihal tindakan dapatkan dalam Pintasan.
Tindakan transform: Kumpulan tengah tindakan dalam pintasan mentransformasikan kandungan menjadi format berbeza. Lihat Perihal tindakan transform dalam Pintasan.
Tindakan kongsi: Tindakan akhir dalam pintasan kerap berkongsi data dengan perkhidmatan atau melancarkan data dalam app lain. Lihat Perihal tindakan kongsi dalam Pintasan.
Ini pastinya bukan peraturan yang tetap. Banyak pintasan mengeluarkan satu atau lebih jenis tindakan ini. Tetapi mengingati tertib tindakan dapatkan-transform-kongsi boleh membantu anda membina pintasan yang lebih cekap.