Kongsi pintasan
Anda boleh berkongsi pintasan anda dengan pelbagai cara. Serta selepas anda berkongsi pintasan, anda boleh berhenti berkongsinya pada bila-bila masa.
Kongsi pustaka daripada editor pintasan
Dalam Pustaka app Pintasan , ketik pada pintasan untuk membukanya, kemudian ketik .
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Kongsi pintasan sebagai fail .shortcut: Ketik pilihan, seperti Mail, Tambah ke Nota, atau Kongsi sebagai Fail, kemudian ikuti sebarang arahan tambahan pada skrin.
Fail .shortcut mengandungi maklumat tentang pintasan anda, seperti tindakannya dan susunannya. Ini boleh menjadi berguna untuk berkongsi menerusi iCloud, e-mel, atau untuk menyandarkan pintasan secara luaran dalam app pihak ketiga.
Kongsi sebarang fail .shortcut ke iCloud Drive: Ketik Kongsi Sebagai Fail, ketik Simpan ke Fail, kemudian ikuti sebarang arahan tambahan pada skrin.
Kongsi pintasan sebagai pautan: Ketik Salin Pautan iCloud, kemudian ketik Salin Pautan.
Pautan ke pintasan (https://www.icloud.com/shortcuts/ID pintasan) disalin ke papan klip anda, sedia untuk ditampal ke app perkongsian, seperti Mesej atau app e-mel. Apabila penerima mengetik pautan, perihalan setiap pintasan dipaparkan. Apabila penerima mengetik Dapatkan Pintasan, pintasan ditambah ke Pustaka mereka.
Nota: Pintasan mesti diaktifkan dalam Seting iCloud untuk berkongsi pintasan sebagai pautan.
Kongsi pintasan ke skrin Utama anda: Ketik Tambah ke Skrin Utama.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Jalankan pintasan daripada skrin Utama iOS.
Kongsi pintasan menggunakan AirDrop: Ketik nama pengguna AirDrop berdekatan, kemudian ketik Kongsi.
Apabila penerima mengetik Terima, perihalan setiap pintasan dipaparkan. Apabila penerima mengetik Dapatkan Pintasan, pintasan ditambah ke Pustaka mereka. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Kongsi fail menggunakan AirDrop pada iPhone dalam Panduan Pengguna iPhone.
Salin pintasan: Ketik Kongsi sebagai Fail, ketik salin, kemudian tampal pintasan ke dalam app perkongsian, seperti Mail.
Kongsi pintasan daripada Pustaka
Pada iPhone yang menyokong 3D Touch, tekan pintasan dalam Pustaka app Pintasan , leret atas, ketik Kongsi, kemudian ketik pilihan, seperti Mail, Tambah ke Nota, atau Simpan ke Fail.
Kongsi pintasan daripada Seting
Dalam Pustaka app Pintasan , ketik pada pintasan untuk membukanya, kemudian ketik untuk membuka Seting.
Ketik Kongsi Pintasan, kemudian ketik pilihan, seperti Mail, Tambah ke Nota, atau Simpan ke Fail.
Berhenti berkongsi pintasan
Apabila anda berkongsi pintasan, pautan pintasan tersedia di iCloud (https://www.icloud.com/shortcuts/[ID pintasan]). Untuk berhenti berkongsi pintasan, anda mesti membuka pintasan dalam app Safari terlebih dahulu, kemudian buka pintasan dalam app Pintasan untuk mengakses butang Henti Berkongsi.
Dalam Pustaka app Pintasan , ketik pada pintasan dikongsi, kemudian ketik .
Ketik Salin Pautan iCloud, kemudian ketik Salin Pautan dalam dialog yang muncul.
Pada peranti anda, buka Safari, tampal pautan dalam medan carian, kemudian ketik Pergi.
Pintasan muncul pada halaman web.
Leret ke bawah dari bahagian tengah skrin untuk memaparkan butang Pintasan Dibuka, kemudian ketik Buka.
Pintasan dibuka dalam app Pintasan.
Di penjuru kanan atas, ketik , kemudian ketik Henti Berkongsi.
Ketik Henti Berkongsi dalam dialog yang muncul.