Tambahkan soalan import ke pintasan dikongsi pada iPhone atau iPad
Jika pintasan dikongsi anda menyertakan langkah yang mengandungi maklumat peribadi, seperti alamat, kenalan, nombor telefon, atau nama senarai main, anda boleh menambah soalan import ke medan khusus pintasan. Jika soalan import wujud untuk medan, maklumat peribadi anda tidak dikongsi—medan tersebut dikosongkan apabila pintasan dikongsi. Apabila penerima menjalan pintasan, mereka diberikan soalan import. Apabila soalan dijawab, pintasan diisi dengan maklumat pengguna sendiri.
Contohnya, pintasan ETA Rumah (tersedia dalam Galeri) menyertakan soalan import yang bertanya, “Apa alamat jalan rumah anda?”
Tambahkan soalan import
Dalam app Pintasan pada iPhone atau iPad anda, ketik pada pintasan, kemudian ketik .
Di bahagian atas skrin, ketik Persediaan.
Ketik Tambah Soalan Baharu.
Ketik parameter tersedia, kemudian ketik nama parameter lagi dalam kawasan Soalan Import.
Masukkan soalan anda dalam medan Teks Soalan.
Anda boleh menambah seberapa banyak soalan import yang diperlukan dan setiap soalan ditanya mengikut tertib apabila pintasan dijalankan.
Pilihan: Ketik medan Jawapan Lalai, kemudian masukkan pilihan seting atau mesej.
Ketik , kemudian ketik Selesai.
Petua: Sebaik sahaja anda menambah soalan import, anda boleh mengujinya: Ulang langkah 1 di atas, ketik Sesuaikan Pintasan, kemudian jalankan setiap soalan import untuk memastikan setiap soalan sesuai dan berfungsi seperti yang dimahukan. Ingat bahawa jawapan yang anda berikan akan mengganti tulis konfigurasi sebelumnya.
Keluarkan soalan import
Dalam app Pintasan pada iPhone atau iPad anda, ketik pada pintasan, kemudian ketik .
Di bahagian atas skrin, ketik Persediaan.
Ketik , kemudian ketik Padam.
Susun semula soalan import
Dalam app Pintasan pada iPhone atau iPad anda, ketik pada pintasan, kemudian ketik .
Di bahagian atas skrin, ketik Persediaan.
Seret bersebelahan soalan yang anda mahu alihkan.