Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Gunakan senarai pemerhatian Saham yang sama pada Mac, iPhone dan iPad anda
Daftar masuk ke iCloud untuk melihat senarai pemerhatian Saham anda pada semua peranti anda.
Apabila anda mendaftar masuk ke iCloud dengan Apple ID yang sama dan iCloud diaktifkan untuk Saham, senarai pemerhatian daripada peranti semasa anda muncul pada peranti lain anda.
Gunakan iCloud dengan Saham pada Mac anda
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud.
Di sebelah kanan, pilih kotak semak Saham.
Berhenti menggunakan iCloud dengan Saham pada Mac anda
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud.
Di sebelah kanan, nyahpilih kotak semak Saham.