Lihat saham dalam Pusat Pemberitahuan pada Mac
Untuk imbasan cepat pasaran saham, semak widget Saham dalam Pusat Pemberitahuan.
Pusat Pemberitahuan menggunakan senarai pemerhatian yang sama digunakan oleh app Saham. Sebarang perubahan yang anda lakukan pada senarai pemerhatian juga ditunjukkan di tempat lain. Sebagai contoh, jika anda menambahkan simbol pita ke senarai pemerhatian dalam Pusat Pemberitahuan, simbol pita juga dipaparkan dalam senarai pemerhatian app Saham.
Lihat saham dalam Pusat Pemberitahuan pada Mac anda
Pada Mac anda, klik ikon Pusat Pemberitahuan dalam bar menu.
Klik Hari Ini, kemudian skrol ke bawah ke widget Saham.
Tambah simbol pita ke senarai pemerhatian anda dalam Pusat Pemberitahuan
Pada Mac anda, klik ikon Pusat Pemberitahuan dalam bar menu.
Klik Hari Ini, skrol ke bawah ke widget Saham, kemudian klik butang Info (di bahagian kanan atas widget).
Jika anda tidak melihat butang Info, gerakkan penuding ke atas widget Saham.
Klik butang Tambah .
Taipkan nama syarikat atau simbol pita dalam kotak carian.
Cari syarikat dalam senarai hasil carian, kemudian klik simbol pita untuk menambahnya ke senarai pemerhatian anda.
Apabila anda selesai menambah simbol pita, klik Selesai untuk kembali ke senarai pemerhatian anda.
Keluarkan simbol pita daripada senarai pemerhatian anda dalam Pusat Pemberitahuan
Pada Mac anda, klik ikon Pusat Pemberitahuan dalam bar menu.
Klik Hari Ini, skrol ke bawah ke widget Saham, kemudian klik butang Info (di bahagian kanan atas widget).
Klik butang Keluarkan di sebelah kiri simbol pita yang anda mahu keluarkan.
Jika anda tidak melihat butang Info, gerakkan penuding ke atas widget Saham.
Apabila anda selesai mengeluarkan simbol pita, klik Selesai untuk kembali ke senarai pemerhatian anda.
Susun semula simbol pita dalam senarai pemerhatian Pusat Pemberitahuan
Pada Mac anda, klik ikon Pusat Pemberitahuan dalam bar menu.
Klik Hari Ini, skrol ke bawah ke widget Saham, kemudian klik butang Info (di bahagian kanan atas widget).
Jika anda tidak melihat butang Info, gerakkan penuding ke atas widget Saham.
Seret simbol pita ke atas atau ke bawah dalam tertib yang anda mahu.
Apabila anda selesai menyusun semula simbol pita, klik Selesai untuk kembali ke senarai pemerhatian anda.