Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Tambah foto, filem dan fail dalam TextEdit pada Mac
Anda boleh meletakkan foto, filem dan fail (seperti fail teks yang lain, hamparan atau app) dalam dokumen teks beraneka. Apabila anda menambah fail, ia muncul sebagai ikon dalam dokumen anda.
Dalam app TextEdit pada Mac anda, lakukan mana-mana daripada berikut:
Seret foto, filem atau fail ke dokumen anda daripada Finder.
Pilih Edit > Lampirkan Fail, pilih foto, filem, atau fail, kemudian klik Buka.
Untuk membuka fail yang anda lampirkan, dwiklik ikon fail atau seret ikon keluar dari dokumen untuk menyimpannya. Menambahkan fail ke dalam dokumen anda akan meningkatkan saiz dokumen mengikut saiz fail tersebut.