Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Tambah foto, filem dan fail dalam TextEdit pada Mac
Anda boleh meletakkan foto, filem dan fail (seperti fail teks yang lain, hamparan atau app) dalam dokumen teks beraneka. Apabila anda menambah fail, ia muncul sebagai ikon dalam dokumen anda.
Dalam app TextEdit pada Mac anda, lakukan mana-mana daripada berikut:
Seret foto, filem, atau fail daripada Finder ke dokumen anda.
Pilih Edit > Lampirkan Fail, pilih foto, filem, atau fail, kemudian klik Buka.
Untuk membuka fail yang anda lampirkan, dwiklik ikon fail. Untuk menyimpan fail yang anda lampirkan, seret ikonnya keluar daripada dokumen. Jika anda menambah fail ke dokumen anda, saiz dokumen ditingkatkan mengikut saiz fail tersebut.