Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Semak ejaan dan tatabahasa
Anda boleh menyemak ejaan dan tatabahasa semasa anda menaip.
Pilih TextEdit > Keutamaan, kemudian klik Dokumen Baru.
Di bawah Pilihan, pilih satu atau lebih pilihan ejaan atau tatabahasa.
Jika anda klik Pulihkan Semua Lalai dalam anak tetingkap Dokumen Baru, pilihan ini disetkan agar sepadan dengan seting “Betulkan ejaan secara automatik” dalam anak tetingkap Teks daripada keutamaan Papan kekunci. Untuk membuka anak tetingkap Teks, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Papan Kekunci, kemudian klik Teks.