Semak ejaan dan tatabahasa dalam TextEdit pada Mac
Anda boleh menyemak ejaan dan tatabahasa semasa anda menaip.
Dalam app TextEdit pada Mac anda, pilih TextEdit > Seting, kemudian klik Dokumen Baharu.
Di bawah Pilihan, pilih satu atau lebih pilihan ejaan atau tatabahasa.
Jika anda mempunyai Mac dengan M1 atau lebih baharu, anda juga boleh menggunakan Alat Menulis untuk membaca pruf kerja anda. Lihat Gunakan Alat Menulis dengan Apple Intelligence.
Jika anda klik Pulihkan Semua Lalai dalam anak tetingkap Dokumen Baharu, pilihan ini disetkan agar sepadan dengan seting ejaan dan tatabahasa dalam seting Papan Kekunci. Untuk melaraskan seting ini, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Papan Kekunci. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.) Pergi ke Input Teks di sebelah kanan, klik Edit, kemudian tukar sebarang seting ejaan dan tatabahasa.
Nota: Jika anda menukar seting Papan Kekunci semasa TextEdit dibuka, anda mesti keluar dan buka semula TextEdit sebelum mengklik Pulihkan Semua Lalai dalam anak tetingkap Dokumen Baharu.