Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Tambah pautan yang boleh diklik dalam TextEdit pada Mac
Apabila anda menggunakan pautan pintar, sebarang alamat web yang anda masukkan dalam dokumen TextEdit baharu menjadi pautan boleh diklik. Sebagai contoh, “www.apple.com” menjadi pautan yang membuka tapak web. “mailto:daniel_rico1@icloud.com” juga bertukar menjadi pautan yang mencipta e-mel untuk Daniel Rico.
Dalam app TextEdit pada Mac anda, pilih TextEdit > Seting, kemudian klik Dokumen Baharu.
Pilih “Pautan pintar” di bawah Pilihan.
Untuk maklumat tentang pautan boleh klik, lihat Tambah pautan ke dokumen.