Mulakan dokumen baru
Anda boleh mencipta dokumen teks dalam format teks biasa atau teks beraneka. Apabila anda mencipta dokumen teks beraneka, anda boleh menggunakan pilihan pemformatan, seperti teks justifikasi atau bergaya. Dokumen teks biasa tidak mempunyai pilihan pemformatan.
Buka TextEdit untuk memulakan dokumen baru.
Nota: Dokumen TextEdit baru berada dalam format teks beraneka secara lalai. Untuk mecipta dokumen baru dlam teks biasa, ubah keutamaan anda untuk dokumen baru dalam keutamaan TextEdit.
Jika dialog TextEdit muncul, iCloud Drive anda telah diaktifkan. Jika anda ingin dokumen baru anda disimpan dalam folder TextEdit dalam iCloud, pilih TextEdit dalam bahagian iCloud dari bar sisi Finder, kemudian klik Dokumen Baru. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bekerja dengan fail dalam iCloud, lihat Simpan desktop dan dokumen anda dalam iCloud Drive.
Jika TextEdit telah pun terbuka, pilih Fail > Baru (daripada menu Fail di bahagian atas skrin anda) untuk memulakan dokumen baru.
Apabila dokumen dibuka, mulakan menaip.
Dokumen anda disimpan secara automatik semasa anda bekerja. Anda juga boleh melakukan mana-mana yang berikut:
Tambah sifat dokumen: Pilih Fail > Tunjukkan Sifat, kemudian masukkan maklumat.
Penting: Sifat dokumen disimpan dengan dokumen teks beraneka sahaja.
Cetak dokumen: Pilih Fail > Cetak.
Cipta PDF: Pilih Fail > Eksport Sebagai PDF.