Cari dan ganti teks dalam TextEdit pada Mac
Cari dan gantikan teks dalam dokumen TextEdit.
Dalam app TextEdit pada Mac anda, pilih Edit > Cari > Cari, kemudian taipkan teks dalam medan carian.
Anda boleh juga memilih teks, kemudian pilih Edit > Cari > Gunakan Pilihan untuk Mencari.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Pergi ke keadaan seterusnya atau sebelumnya dalam hasil: Klik butang anak panah yang terletak bersebelahan medan carian.
Kosongkan medan carian: Klik butang Kosongkan di hujung medan carian.
Setkan pilihan untuk carian semasa: Klik butang Pilihan Carian dalam medan carian, kemudian pilih atau nyahpilih item dalam menu timbul. Sebagai contoh, untuk mencari teks yang sepadan dengan penghurufbesaran carian anda, nyahpilih Abaikan Huruf.
Untuk mencari aksara khas dan corak teks, pilih Masukkan Corak daripada menu timbul, kemudian pilih item dalam senarai.
Gantikan teks dijumpai dengan teks baharu: Pilih kotak semak Gantikan di sebelah butang Selesai, masukkan teks baharu dalam medan kedua (di bawah medan carian), kemudian klik Gantikan. Untuk menggantikan semua tika teks dijumpai dengan teks baharu, klik Semua. Anda juga boleh klik dan tahan Semua untuk pilihan lanjut, seperti Gantikan Semua Dalam Pilihan.
Apabila anda sudah selesai, klik Selesai.