Pernyataan pematuhan FCC untuk Apple TV
Peranti ini mematuhi bahagian 15 daripada Peraturan FCC. Operasi tertakluk pada dua keadaan berikut: (1) Peranti ini tidak boleh menyebabkan gangguan berbahaya dan (2) peranti ini mesti menerima sebarang gangguan yang diterima, termasuk gangguan yang mungkin menyebabkan operasi yang tidak diingini.
Nota: Peralatan ini telah diuji dan didapati mematuhi had untuk peranti digital Kelas B, menurut bahagian 15 peraturan FCC. Had ini direka untuk memberi perlindungan munasabah daripada gangguan berbahaya dalam pemasangan perumahan.
Peralatan ini menghasilkan, menggunakan dan dapat meradiasi tenaga isyarat radio dan, jika tidak dipasang dan digunakan dengan turutan arahan, mungkin menyebabkan gangguan berbahaya kepada komunikasi radio. Bagaimanapun, tiada jaminan gangguan tidak akan terjadi dalam pemasangan tertentu.
Jika peralatan menyebabkan gangguan berbahaya kepada penerima radio atau televisyen, yang dapat ditentukan dengan aktif dan nyahaktifkan peralatan, pengguna digalakkan untuk cuba membetulkan gangguan dengan satu atau lebih cara berikut:
Orientasikan semula atau tempatkan semula antena penerima.
Tambah pemisahan antara peralatan dan penerima.
Sambung peralatan ke salur keluar pada litar berbeza daripada penerima bersambung.
Runding pengedar atau juruteknik radio/TV berpengalaman untuk bantuan.
Perubahan atau pengubah suaian produk ini tidak dibenarkan Apple mungkin membatalkan keserasian elektromagnetik (EMC) dan pematuhan wayarles dan menidakkan kuasa anda untuk mengguna produk tersebut.
Produk ini telah menunjukkan pematuhan EMC di bawah keadaan yang termasuk penggunaan peranti persisian serasi dan kabel dengan pengadang antara komponen sistem. Adalah penting bahawa anda menggunakan peranti persisian serasi dan kabel dengan pengadang antara komponen sistem untuk mengurangkan kemungkinan menyebabkan gangguan terhadap radio, set televisyen dan peranti elektronik yang lain.
Pendedahan kepada tenaga frekuensi radio
Kuasa output beradiasi peranti ini memenuhi had pendedahan frekuensi radio FCC/ISED Kanada. Peranti ini patut dikendalikan dengan jarak pemisahan minimum sejauh 20 cm (8 inci) antara kelengkapan dan tubuh seseorang.
Pihak bertanggungjawab (hubungi untuk perkara FCC sahaja):