Layari atau cari latihan pada Apple TV
Anda boleh mencari latihan baharu dalam app Kecergasan pada Apple TV dengan melayari skrin Teroka, atau mencari jenis aktiviti, jurulatih atau muzik khusus.
Nota: Latihan Apple Fitness+ memerlukan langganan dan Apple Watch atau iPhone disambungkan ke app Kecergasan pada Apple TV.
Layari latihan baharu atau popular
Pergi ke app Kecergasan pada Apple TV.
Buka bar sisi, kemudian pilih Teroka.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Navigasi ke kiri dan kanan di baris atas untuk melihat latihan dan koleksi yang ditampilkan.
Skrol ke bawah ke New Workouts atau New Meditations, kemudian navigasi ke kanan dan kiri untuk melihat perkara yang terbaru ditambah pada Fitness+.
Skrol ke bawah ke Popular, kemudian navigasi ke kanan dan kiri untuk melihat senarai latihan sohor kini.
Pilih latihan atau meditasi untuk melihat butiran, menambahnya ke pustaka anda, atau memulakannya sekarang.
Cari latihan dengan muzik yang anda suka
Pergi ke app Kecergasan pada Apple TV.
Buka bar sisi, kemudian lakukan salah satu yang berikut:
Pilih Cari, kemudian masukkan artis atau lagu.
Jika artis atau lagu ditampilkan dalam mana-mana latihan, latihan ini kelihatan dalam Hasil Teratas.
Pilih Teroka, kemudian navigasi ke bawah ke baris Artist Spotlight atau Music Spotlight.
Pilih Artist Spotlight untuk melihat latihan yang menampilkan muzik oleh artis tersebut. Pilih Music Spotlight untuk melihat latihan dengan tema muzik khusus.
Pilih latihan untuk melihat butiran, melihat senarai main muzik, atau mulakannya sekarang.
Petua: Jika anda suka akan muzik daripada latihan atau meditasi tertentu, anda boleh memilih lagu atau memilih Dengar di Muzik untuk membuka senarai main dalam Apple Music (memerlukan langganan ke Apple Music). Tekan atau pada kawalan jauh anda dua kali untuk kembali ke latihan.
Lihat koleksi diurus dan program Fitness+
Pergi ke app Kecergasan pada Apple TV.
Buka bar sisi, kemudian pilih Teroka.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Navigasi ke bawah ke baris Koleksi untuk melihat koleksi latihan diurus berdasarkan tema seperti latihan mesra perjalanan, muzik tarian 90-an dan penghargaan.
Navigasi ke bawah ke baris Program untuk melihat program Fitness+—senarai latihan tersuai yang dicipta di sekeliling matlamat khusus.
Pilih program untuk menonton video tentang program tersebut, lihat semua latihan meditasi dalam program, atau tambah program ke pustaka anda.
Layari latihan mengikut jenis aktiviti atau jurulatih
Pergi ke app Kecergasan pada Apple TV.
Buka bar sisi, kemudian pilih Teroka.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Lihat semua latihan daripada jenis aktiviti tertentu: Navigasi ke bawah ke baris Jenis Aktiviti, kemudian navigasi ke kiri dan kanan untuk memilih jenis aktiviti.
Lihat semua latihan daripada jurulatih tertentu: Navigasi ke bawah ke baris Fitness+ Trainers, kemudian navigasi ke kiri dan kanan untuk memilih jurulatih.
Dalam skrin yang terbuka, lakukan mana-mana daripada berikut:
Lihat lebih banyak maklumat tentang jenis aktiviti atau jurulatih: Pilih Baca Lebih Lanjut bersebelahan perihalan.
Tapis latihan dan meditasi: Pilih kategori di sebelah kiri skrin untuk menapis mengikut tempoh, jenis, muzik, jurulatih dan banyak lagi.
Isih latihan dan meditasi: Pilih Terbaharu di penjuru kanan atas skrin, kemudian pilih cara anda mahu mengisih.
Cari latihan
Pergi ke app Kecergasan pada Apple TV.
Buka bar sisi, kemudian pilih Cari.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Untuk mendapatkan arahan yang lebih terperinci tentang menggunakan Kecergasan dengan iPhone, iPad dan Apple Watch, lihat Panduan Pengguna Apple Fitness+.