Lihat butiran latihan dan kawal main balik pada Apple TV
Apabila anda memilih latihan atau meditasi pada app Kecergasan pada Apple TV, anda boleh melihat semua maklumat yang anda perlukan untuk bersedia dengan latihan anda.
Setelah anda memulakan latihan, anda boleh melihat metrik masa nyata atas skrin dan kawal main balik dalam beberapa cara.
Nota: Latihan Apple Fitness+ memerlukan langganan dan Apple Watch atau iPhone disambungkan ke app Kecergasan pada Apple TV.
Lihat butiran dan mulakan latihan atau meditasi
Pergi ke app Kecergasan pada Apple TV.
Pilih latihan atau meditasi di mana-mana sahaja dalam app Kecergasan.
Skrin baharu terbuka dengan maklumat tentang latihan atau meditasi, termasuk tempoh, peralatan yang diperlukan, jenis muzik yang dimainkan dan perihalan tema latihan atau meditasi.
Sebelum anda memulakan latihan atau meditasi, anda boleh lakukan mana-mana daripada berikut:
Tonton pratonton 30 saat: Pilih Pratonton.
Tambah sesi ke pustaka anda atau tindanan: Pilih Tambah ke, kemudian pilih Tambah ke Pustaka atau Tambah ke Tindanan.
Lihat muzik yang dimainkan dalam latihan atau meditasi: Navigasi ke bawah ke Muzik.
Petua: Jika anda sukakan muzik daripada latihan atau meditasi tertentu (dan anda melanggan Apple Music), anda boleh memilih lagu atau memilih Dengar dalam Muzik untuk membuka senarai main dalam Apple Music. Tekan atau pada kawalan jauh anda dua kali untuk kembali ke latihan.
Layari latihan berkaitan: Navigasi ke bawah ke baris Berkaitan, kemudian navigasi ke kiri atau ke kanan untuk melihat latihan yang berkaitan.
Ketahui lebih lanjut tentang jurulatih: Navigasi ke bawah ke Jurulatih untuk melihat orang yang mengetuai meditasi atau latihan. Pilih jurulatih untuk mencari semua latihan yang diketuai oleh mereka, atau pilih bio mereka dalam baris Perihal untuk membaca lebih lanjut tentang mereka.
Pilih Jom untuk memulakan latihan, atau Mari Bermula untuk memulakan meditasi.
Apabila anda telah bersedia, pilih butang Main yang kelihatan atas skrin, atau ketik butang Main pada peranti anda yang bersambung.
Selepas kira detik singkat, latihan atau meditasi bermula.
Tukar metrik atas skrin semasa latihan
Semasa latihan, anda boleh menjejak kemajuan anda atas skrin untuk setiap gelang anda serta kalori yang dibakar, semuanya ditunjukkan pada masa nyata pada Apple TV anda. Jika anda berlatih dengan Apple Watch, kadar jantung anda juga kelihatan.
Anda boleh menukar metrik atas skrin semasa latihan Fitness+. Seting metrik diselaraskan ke app Kecergasan pada semua peranti anda yang mendaftar masuk dengan Akaun Apple anda, seperti iPhone dan iPad.
Mulakan latihan atau meditasi dalam app Kecergasan pada Apple TV.
Tunjukkan kawalan main balik, kemudian pilih .
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Aktifkan atau nyahaktifkan metrik: Di bawah Metrik, pilih Tidak Aktif atau Aktif.
Semasa tidak aktif, metrik anda masih dikumpulkan, tetapi ia tidak dipaparkan pada skrin.
Tukar cara masa dipaparkan: Di bawah Masa, pilih Tidak Aktif, Tunjukkan Masa Berlalu, atau Tunjukkan Baki Masa.
Menyahaktifkan masa masih menunjukkan pemasa untuk selang dalam latihan anda.
Nyahaktifkan Bar Bakar: Di bawah Bar Bakar, pilih Tak Aktif.
Bar Bakar menunjukkan cara metrik anda dibandingkan dengan orang lain yang telah menyelesaikan latihan sebelum ini. Lebih banyak kalori yang anda bakar, lebih tinggi kedudukan anda pada Bar Bakar. Kedudukan anda pada Bar Bakar disimpan dalam ringkasan latihan anda bersama dengan metrik anda yang lain.
Jika anda menyahaktifkan Bar Bakar, latihan anda tidak menyumbang kepada Bar Bakar komuniti dan anda tidak melihat kedudukan anda di hujung latihan anda.
Kawal main balik latihan
Anda boleh mengaktifkan sari kata, menukar pilihan audio atau mengaktifkan paparan Gambar dalam Gambar semasa latihan anda.
Mulakan latihan atau meditasi dalam app Kecergasan pada Apple TV.
Tunjukkan kawalan main balik, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Pilih untuk mengaktifkan sari kata atau kapsyen tertutup.
Pilih untuk melaraskan pilihan audio:
Fokus Audio: Pilih Jurulatih untuk mendengar jurulatih berbanding muzik, atau pilih Muzik untuk mendengar muzik berbanding jurulatih.
Pembayang Audio: Pilih kelajuan untuk mengaktifkan pembayang audio, yang memberikan perihalan tentang beberapa aktiviti atas skrin.
Pilih untuk mengaktifkan paparan Gambar dalam Gambar.
Latihan atau meditasi yang sedang dimainkan beralih ke pemapar kecil di penjuru kanan bawah skrin. Dalam kawasan utama skrin, navigasi ke dan pilih rancangan TV atau filem lain untuk dimainkan secara serentak.
Untuk keluar daripada mod Gambar dalam Gambar, tekan pada kawalan jauh, kemudian pilih atas skrin. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kawalan Gambar dalam Gambar, lihat Aktifkan paparan Gambar dalam Gambar.
Nota: Jika anda menutup latihan dalam mod Gambar dalam Gambar, latihan tamat.
Jedakan latihan
Semasa latihan atau meditasi dalam app Kecergasan pada Apple TV, lakukan salah satu daripada berikut pada kawalan jauh anda:
Tekan .
Tekan butang tengah pad klik atau permukaan sentuh.
Tekan butang lagi untuk meneruskan latihan.
Nota: Anda tidak boleh memutar kembali atau memaju pantas latihan atau meditasi Fitness+.
Tamatkan latihan
Apabila anda menyelesaikan latihan atau meditasi dalam app Kecergasan pada Apple TV, anda akan melihat skrin ringkasan dengan statistik anda daripada latihan dan kemajuan pada gelang anda.
Petua: Jika anda perlu menamatkan latihan atau meditasi lebih awal, tekan atau pada kawalan jauh anda, kemudian pilih Tamatkan Latihan atau Tamatkan Meditasi. Jika anda telah agak lama dalam latihan atau meditasi, anda masih melihat skrin ringkasan.
Pilih Selesai untuk kembali ke halaman latihan atau meditasi, atau jika ia ialah latihan, pilih Sejuk Badan Sedar Minda untuk melihat pilihan sejuk badan dibantu.
Nota: Latihan dan meditasi yang anda telah selesaikan ditunjukkan dengan tanda semak sepanjang app Kecergasan.