Tukar keutamaan Lanjutan dalam app Apple TV pada Mac
Dalam app Apple TV pada Mac anda, gunakan anak tetingkap Lanjutan dalam keutamaan TV untuk mereset beberapa pilihan.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih TV > Keutamaan, kemudian klik Lanjutan.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Lupakan Semua Remote | Jika anda menggunakan app iTunes Remote untuk memasangkan iPhone, iPad, atau iPod touch dengan pustaka media tertentu, pilih pilihan ini untuk memutuskan sambungan semua peranti daripada pustaka media tersebut. | ||||||||||
Reset semua amaran dialog | Jika anda memilih “Jangan tunjukkan mesej ini lagi” dalam satu atau lebih dialog dalam app Apple TV, mengklik Reset Amaran menjadikan mesej muncul lagi. | ||||||||||
Reset cache TV Store | App Apple TV menyimpan halaman kedai yang anda lawati pada komputer anda dalam lokasi sementara yang dipanggil cache. Jika anda kembali nanti, app Apple TV boleh mengambil halaman daripada cache lebih pantas daripada mendapatkannya daripada internet. Jika kandungan halaman kelihatan lapuk, anda boleh mereset cache untuk mengambil versi terkini. Jika anda rasa halaman tidak dibuka dengan sempurna, mereset cache mungkin membantu. | ||||||||||
Kosongkan perkara yang anda telah tonton daripada peranti anda | Klik Kosongkan Sejarah Main untuk mengeluarkan maklumat tentang perkara yang anda tonton (maklumat yang diselaraskan dengan app Apple TV pada peranti lain). Ini juga mengeluarkan rancangan TV dan filem daripada Seterusnya. | ||||||||||
Letakkan main balik video di atas semua tetingkap lain | Pilih untuk mengekalkan tetingkap main balik video sentiasa di latar depan. |