Tukar seting Lanjutan dalam app Apple TV pada Mac
Dalam app Apple TV pada Mac anda, gunakan seting Lanjutan untuk mereset beberapa pilihan.
Untuk menukar seting ini, pilih TV > Seting, kemudian klik Lanjutan.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Lupakan Semua Remote | Putuskan sambungan semua peranti daripada pustaka media. Pilihan ini hanya tersedia apabila anda menggunakan app iTunes Remote untuk memasangkan iPhone, iPad, atau iPod touch dengan pustaka media yang khusus. | ||||||||||
Reset semua amaran dialog | Benarkan amaran dialog kelihatan. Pilihan ini mmulihkan dialog amaran jika anda memilih “Jangan tunjukkan mesej ini lagi” dalam dialog dalam app Apple TV. | ||||||||||
Reset cache TV Store | Reset cache Kedai (lokasi sementara tempat komputer anda menyimpan halaman Kedai yang anda lawati). Jika kandungan halaman kelihatan lapuk, anda boleh mereset cache untuk mengambil versi terkini. Jika anda rasa halaman tidak dibuka dengan sempurna, mereset cache mungkin membantu. | ||||||||||
Kosongkan perkara yang anda telah tonton daripada peranti anda | Keluarkan maklumat tentang perkara yang anda tonton (maklumat yang diselaraskan dengan app Apple TV pada peranti lain). Ini juga mengeluarkan rancangan TV dan filem daripada baris Senarai Tontonan dan Teruskan Menonton anda. | ||||||||||
Letakkan main balik video di atas semua tetingkap lain | Kekalkan tetingkap main balik video sentiasa di latar depan. |