Tukar seting Main Balik dalam app Apple TV pada Mac
Dalam app Apple TV pada Mac anda, gunakan seting Main Balik untuk menukar kualiti video.
Untuk menukar seting ini, pilih TV > Seting, kemudian klik Main Balik.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pilihan Penstriman | Pilih pilihan penstriman yang berfungsi terbaik dengan komputer dan penyedia perkhidmatan internet anda.
| ||||||||||
Pilihan Muat Turun | Pilih pilihan muat turun yang berfungsi terbaik dengan ruang storan komputer dan sambungan internet anda.
| ||||||||||
Muat Turun Bahasa Audio | Pilih bahasa audio tambahan untuk dimuat turun. Lihat Setkan bahasa audio untuk item yang dimuat turun. | ||||||||||
Muat Turun Audio Berbilang Saluran | Muat turun audio berbilang saluran apabila tersedia. | ||||||||||
Gunakan Sejarah Tontonan | Gunakan sejarah tontonan anda untuk mempengaruhi pengesyoran Tonton Sekarang anda dan menjadikan rancangan yang anda tontno pada satu peranti tersedia pada semua peranti anda. |