Tukar Seting Akaun anda dalam app Apple TV pada Windows
Apabila anda mempunyai Apple ID, anda boleh mendaftar masuk ke Seting Akaun app Apple TV untuk melihat atau menukar maklumat akaun, menunjukkan sejarah pembelian anda dan banyak lagi.
Tukar maklumat akaun anda
Dalam app Apple TV pada peranti Windows anda, daftar masuk dengan Apple ID anda jika anda belum mendaftar masuk.
Pilih nama anda di bahagian bawah bar sisi, kemudian pilih Lihat Akaun Saya.
Dalam tetingkap Maklumat Akaun, buat perubahan dalam sebarang kategori (diperincikan di bawah), kemudian klik Selesai (anda mungkin perlu skrol ke bawah).
Perubahan anda akan digunakan serta-merta dan digunakan pada semua app yang anda gunakan Apple ID anda.
Ringkasan Apple ID
Pilihan | Lihat artikel Sokongan Apple | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Apple ID | |||||||||||
Maklumat Bayaran | |||||||||||
Alamat Pengebilan | Jika anda perlu menukar atau mengemas kini kaedah bayaran Apple ID anda | ||||||||||
Negara/Rantau | |||||||||||
Kebenaran Komputer | Benarkan atau nyahbenarkan komputer anda untuk pembelian Apple ID |
Muat Turun dan Pembelian
Pilihan | Lihat artikel Sokongan Apple | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Urus Peranti (tersedia apabila anda mempunyai lebih daripada satu peranti yang didaftar masuk dengan Apple ID yang sama) | Lihat dan keluarkan peranti anda yang dikaitkan dengan pembelian Apple ID | ||||||||||
Pembelian Tersembunyi | Sembunyikan dan nyahsembunyikan muzik, filem, rancangan TV, buku audio dan buku |
Sejarah Pembelian
Pilihan | Lihat artikel Sokongan Apple | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pembelian Terbaharu (tersedia apabila anda telah membuat pembelian daripada App Store atau iTunes Store) | Nota: Jika sejarah pembelian anda kelihatan salah atau anda percaya bahawa anda telah dicaj untuk item yang anda tidak beli, lawati Tapak web Pengebilan dan Langganan. |
Akaun Apple
Pilihan | Lihat artikel Sokongan Apple | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tambah wang ke akaun anda |
Akses Akaun
Pilihan | Lakukan yang berikut | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Saluran Apple TV | Pilih Urus di sebelah kanan, ikuti arahan atas skrin, kemudian pilih Selesai. |
Seting
Pilihan | Lakukan yang berikut | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama Samaran | Pilih Cipta Nama Panggilan atau Edit Nama Panggilan di sebelah kanan, ikuti arahan atas skrin, kemudian pilih Hantar. | ||||||||||
Ulasan dan Penilaian | Pilih Urus di sebelah kanan, pilih Keluarkan di sebelah ulasan atau penilaian yang anda mahu keluarkan, kemudian pilih Selesai. | ||||||||||
Isyaratkan Saya | Pilih Urus di sebelah kanan, pilih pilihan yang anda mahukan (atau nyahpilih pilihan yang anda tidak mahukan), kemudian pilih Simpan Perubahan. | ||||||||||
Pengesyoran Diperibadikan | Pilih Urus di sebelah kanan, pilih untuk menunjukkan (atau nyahpilih untuk menyembunyikan) pengesyoran diperibadikan, kemudian pilih Simpan Perubahan. | ||||||||||
Pas | Klik Urus di sebelah kanan, pilih kotak semak di sebelah kanan setiap pas untuk menerima pemberitahuan e-mel apabila episod baharu tersedia (atau nyahpilih kotak semak untuk berhenti menerima pemberitahuan e-mel), kemudian pilih Simpan Perubahan. | ||||||||||
Langganan | Lihat artikel Sokongan Apple Jika anda mahu membatalkan langganan daripada Apple. | ||||||||||
Pratempah | Lihat artikel Sokongan Apple Lihat atau batalkan pratempah untuk app, filem, muzik atau buku. | ||||||||||
Reset semua amaran untuk membeli dan memuat turun media | Pilih butang Reset di bahagian bawah halaman Maklumat Akaun. |