Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tukar seting Lanjutan dalam app Apple TV pada Windows
Dalam app Apple TV pada peranti Windows anda, gunakan seting Lanjutan untuk mereset beberapa pilihan.
Untuk menukar seting ini, pilih butang Tindakan Bar Sisi di bahagian atas bar sisi, pilih Seting, kemudian pilih Lanjutan dalam tetingkap utama.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Reset semua amaran dialog | Benarkan amaran dialog kelihatan. Pilihan ini hanya tersedia jika anda memilih “Jangan tunjukkan mesej ini lagi” dalam satu atau lebih dialog dalam app Apple TV. | ||||||||||
Kosongkan kandungan yang telah anda tonton daripada peranti anda | Keluarkan maklumat tentang perkara yang anda tonton (maklumat yang diselaraskan dengan app Apple TV pada peranti lain). Ini juga mengeluarkan rancangan TV dan filem daripada Seterusnya. |