Langgan Apple TV+, MLS Season Pass atau saluran Apple TV dalam app Apple TV
Anda boleh melanggan saluran yang tersedia dalam app Apple TV, termasuk Apple TV+ dan MLS Season Pass.
Anda boleh memilih untuk mempakejkan langganan Apple TV+ anda dengan perkhidmatan Apple lain dengan melanggan Apple One. Lihat artikel Sokongan Apple Pakejkan langganan Apple dengan Apple One.
Langgan Apple TV+
Apple TV+ ialah perkhidmatan penstriman langganan yang menampilkan Apple Originals—siri yang memenangi anugerah, drama yang menarik, dokumentari perintis, hiburan kanak-kanak, komedi dan banyak lagi—dengan item baharu ditambah setiap bulan. Di sesetengah negara dan rantau, Friday Night Baseball juga disertakan dengan langganan.
Pergi ke app Apple TV pada TV pintar, peranti penstriman, atau konsol permainan anda.
Buka bar sisi, kemudian pilih Apple TV+.
Pilih butang langganan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Jika anda telah mempunyai Akaun Apple, anda boleh mendaftar masuk untuk memulakan percubaan percuma anda.
Langgan MLS Season Pass
Langgan MLS Season Pass untuk menonton setiap perlawanan musim biasa Major League Soccer, keseluruhan pusingan playoff dan League Cup, semuanya tanpa gangguan.
Pergi ke app Apple TV pada TV pintar, peranti penstriman, atau konsol permainan anda.
Buka bar sisi, kemudian pilih MLS Season Pass.
Pilih butang langganan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Langgan saluran Apple TV
Langgan saluran Apple TV seperti Paramount+, Starz dan lain-lain untuk mendapatkan rancangan yang anda mahu, tanpa memuat turun sebarang app.
Pergi ke app Apple TV pada TV pintar, peranti penstriman, atau konsol permainan anda.
Buka bar sisi, kemudian pilih Kedai.
Skrol ke bawah ke Saluran untuk melihat saluran Apple TV, kemudian navigasi ke kanan dan pilih item.
Pilih butang langganan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Batalkan langganan anda
Navigasi ke Seting dalam app Apple TV .
Pergi ke Akaun > Urus Langganan dan pilih langganan.
Ikuti arahan atas skrin untuk menukar atau membatalkan langganan anda.
Kongsi Apple TV+ atau MLS Season Pass
Apabila anda melanggan Apple TV+, MLS Season Pass, atau Apple One, anda boleh menggunakan Perkongsian Keluarga untuk berkongsi langganan anda dengan sehingga lima ahli keluarga lain. Kumpulan keluarga tidak perlu berbuat apa-apa—Apple TV+ tersedia untuk mereka pada kali pertama mereka membuka app Apple TV selepas langganan anda bermula.
Jika anda menyertai kumpulan keluarga yang melanggan Apple TV+, MLS Season Pass atau Apple One dan anda telah melanggan, langganan anda tidak diperbaharui pada tarikh pengebilan anda yang seterusnya; sebaliknya, anda menggunakan langganan kumpulan tersebut. Jika anda menyertai kumpulan keluarga yang tidak melanggan, kumpulan itu menggunakan langganan anda.
Lihat Sediakan Perkongsian Keluarga dalam app Apple TV.
Untuk berhenti berkongsi langganan anda dengan kumpulan keluarga, anda boleh membatalkan langganan, meninggalkan kumpulan keluarga, atau (jika anda pengelola kumpulan keluarga) berhenti menggunakan Perkongsian Keluarga.
Nota: Apple TV+, MLS Season Pass, saluran Apple TV dan Apple One tidak tersedia pada semua peranti, atau di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.