Tonton pada perkhidmatan kabel atau satelit
Cari app Apple TV+ atau Apple TV pada perkhidmatan kabel atau satelit (anda mungkin perlu memasang app terlebih dahulu), kemudian buka app dan daftar masuk ke Akaun Apple anda.
Nota: Jika perkhidmatan kabel atau satelit anda menyertakan Apple TV untuk digunakan, ikuti arahan dalam Tonton pada Apple TV (4K, HD dan generasi ke-3).
Jika anda memerlukan lebih bantuan, ikuti arahan di bawah.
Cari dan pasang app Apple TV+ atau Apple TV
Jika anda tidak melihat app Apple TV+ atau Apple TV pada perkhidmatan kabel atau satelit, anda boleh mencarinya.
Pada skrin utama perkhidmatan kabel atau satelit anda, pergi ke Cari.
Cari “Apple TV”.
Jika anda tidak menemui app Apple TV+ atau Apple TV dalam carian, ia tidak disokong atau belum tersedia pada perkhidmatan kabel atau satelit anda. Cuba tonton menggunakan mana-mana cara lain yang diterangkan di bahagian lain dalam panduan ini.
Ikuti arahan atas skrin untuk memuat turun app Apple TV+ atau Apple TV.
Nota: App Apple TV+ terhad kepada filem dan rancangan TV Apple TV+ serta tidak termasuk saluran Apple TV atau ciri lain yang ditemui dalam app Apple TV pada peranti lain.
Pada pelancar app perkhidmatan kabel atau satelit anda, pilih app Apple TV+ atau app Apple TV untuk membukanya, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda jika digesa.
Nota: Jika anda belum mempunyai Akaun Apple, anda boleh menciptanya di tapak web Akaun Apple. Anda hanya memerlukan satu Akaun Apple untuk menggunakan perkhidmatan app Apple TV. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat FAQ Akaun Apple.
Mula menggunakan app Apple TV+
Jika anda mempunyai app Apple TV+ , buka bar sisi, kemudian pilih mana-mana daripada berikut:
Cari: Cari rancangan TV dan filem mengikut tajuk, pelakon, atau kru.
Apple TV+: Layari dan tonton Apple TV+, perkhidmatan penstriman langganan yang menampilkan Apple Originals—filem dan siri yang memenangi anugerah, drama yang menarik, dokumentari perintis, hiburan kanak-kanak, komedi dan banyak lagi. Di sesetengah negara dan rantau, Friday Night Baseball juga disertakan dengan langganan.
MLS: Langgan untuk menonton setiap perlawanan untuk musim Major League Soccer, Audi MLS Cup Playoffs dan Leagues Cup, semuanya di satu tempat, dengan masa perlawanan yang konsisten dan tanpa terputus hubungan.
Nota: App Apple TV+ terhad kepada filem dan rancangan TV Apple TV+ serta tidak termasuk saluran Apple TV atau ciri lain yang ditemui dalam app Apple TV pada peranti lain.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkara yang anda boleh lakukan dalam app Apple TV+, lihat Panduan Pengguna App Apple TV untuk TV dan Peranti Lain.
Mula menggunakan app Apple TV
Jika anda mempunyai app Apple TV , buka bar sisi, kemudian pilih mana-mana daripada berikut:
Cari: Cari rancangan TV dan filem mengikut tajuk, pelakon, atau kru.
Laman Utama: Mula menonton filem, rancangan TV dan sukan di satu tempat. Gunakan baris Teruskan Menonton untuk mencari item yang anda telah tambahkan ke Senarai Tontonan anda atau kandungan yang anda telah mula tonton tetapi belum dihabiskan.
Apple TV+: Layari dan tonton Apple TV+, perkhidmatan penstriman langganan yang menampilkan Apple Originals—filem dan siri yang memenangi anugerah, drama yang menarik, dokumentari perintis, hiburan kanak-kanak, komedi dan banyak lagi. Di sesetengah negara dan rantau, Friday Night Baseball juga disertakan dengan langganan.
MLS: Langgan untuk menonton setiap perlawanan untuk musim Major League Soccer, Audi MLS Cup Playoffs dan Leagues Cup, semuanya di satu tempat, dengan masa perlawanan yang konsisten dan tanpa terputus hubungan.
Kedai: Gunakan destinasi semua dalam satu ini untuk melayari, membeli dan menyewa filem dan rancangan TV terbaik di dunia.
Pustaka: Cari pembelian dan sewaan anda yang disusun mengikut kategori.
Saluran: Pilih saluran yang anda langgan baru-baru ini.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkara yang anda boleh lakukan dalam app Apple TV, lihat Panduan Pengguna App Apple TV untuk TV dan Peranti Lain.
Tidak mempunyai kabel atau satelit?
Apple TV+ kini percuma untuk tiga bulan apabila anda membeli Apple TV 4K. Atau anda boleh menonton Apple TV+ sekarang pada pelayar web anda di tv.apple.com/my.