Tukar seting suara VoiceOver pada Mac
Tukar suara bercakap yang digunakan oleh VoiceOver dan seting seperti kadar atau pic.
Nota: VO mewakili pengubah suai VoiceOver. Lihat Gunakan pengubah suai VoiceOver.
Untuk mendengar seting pertama, tekan VO-Command-Shift-Anak Panah Kanan.
Terus tekan VO-Command-Shift-Anak Panah Kanan sehingga anda mendengar seting yang anda mahu laraskan.
Untuk meningkatkan nilai seting, tekan VO-Command-Shift-Anak Panah Atas. Untuk mengurangkan nilai, tekan VO-Command-Shift-Anak Panah Bawah.
Seting baru digunakan hanya kepada suara lalai.
Untuk menyesuaikan seting suara untuk bahasa lalai dan bahasa tambahan anda, buka Utiliti VoiceOver (tekan VO-F8 apabila VoiceOver diaktifkan), klik kategori Pertuturan, kemudian klik Suara.
Buka Utiliti VoiceOver untuk saya
Apabila anda memasang suara yang serasi dengan macOS, ia dipasang di /Pustaka/Pertuturan/Suara supaya tersedia kepada semua pengguna Mac anda.
Jika anda menggunakan keutamaan mudah alih pada komputer tetamu apabila anda menukar seting suara, seting disimpan pada keutamaan pemacu mudah alih dan bukan ke komputer tetamu.