Gunakan VoiceOver dalam Mission Control pada Mac
Mission Control menunjukkan semua tetingkap terbuka pada Desktop (VoiceOver memanggilnya tetingkap exposéd), diatur dengan kemas supaya ia mudah untuk mencari yang anda mahukan. App yang berada dalam skrin penuh atau Split View dan ruang desktop yang anda cipta, ditunjukkan dalam bar Spaces (VoiceOver memanggilnya senarai spaces) sepanjang sudut atas skrin.
Nota: VO mewakili pengubah suai VoiceOver.
Masuk Mission Control dengan menekan Control-Anak Panah Atas.
Untuk keluar dari Mission Control tanpa membuat apa-apa, tekan kekunci sekali lagi.
Dalam Mission Control, lakukan mana-mana yang berikut:
Buka item dalam kumpulan tetingkap: Tekan VO-Anak Panah Kiri atau VO-Anak Panah Kanan untuk navigasi ke kumpulan, tekan VO-Shift-Anak Panah Bawah untuk berinteraksi dengannya, navigasi ke tetingkap, kemudian tekan VO-Bar Space.
Buka item dalam senarai ruang: Tekan VO-Anak Panah Kiri atau VO-Anak Panah Kanan untuk navigasi ke senarai, tekan VO-Shift-Anak Panah Bawah untuk berinteraksi dengannya, navigasi ke item, kemudian tekan VO-Bar Space.
Cipta ruang dekstop: Tekan VO-Anak Panah Kiri atau VO-Anak Panah Kanan untuk navigasi ke butang Tambah Desktop dalam senarai ruang, kemudian tekan VO-Bar Space.
Keluarkan ruang dekstop: Tekan VO-Anak Panah Kiri atau VO-Anak Panah Kanan untuk navigasi ke senarai spaces, tekan VO-Shift-Anak Panah Bawah untuk berinteraksi dengannya, navigasi ke space itu, kemudian tekan VO-Command-Escape. Tekan Return untuk sahkan.
Anda boleh dengan mudah beralih antara desktop semasa anda sedang bekerja—hanya tekan Control-Anak Panah Kanan atau Control-Anak Panah Kiri.