Urus Pengesanan Jatuh pada Apple Watch
Dengan Pengesanan Nahas diaktifkan, Apple Watch boleh memberikan isyarat kepada perkhidmatan kecemasan apabila kejatuhan yang teruk dikesan dan memaklumkan kenalan kecemasan anda. Jika Apple Watch mengesan kejatuhan yang teruk dan anda tidak bergerak selama lebih kurang seminit, ia akan mengetik pergelangan tangan anda, membunyikan penggera dan kemudian mencuba menghubungi perkhidmatan kecemasan.
Untuk menghubungi perkhidmatan kecemasan, Apple Watch atau iPhone anda yang berdekatan memerlukan sambungan selular, atau memerlukan panggilan Wi-Fi diaktifkan dan liputan Wi-Fi tersedia.
Jika liputan selular dan Wi-Fi tidak tersedia dan iPhone 14, iPhone 14 Pro atau lebih baharu anda berada berdekatan Apple Watch anda, Pengesanan Jatuh akan menggunakan iPhone anda untuk menghantar pemberitahuan menggunakan SOS Kecemasan melalui satelit, pada ketika SOS Kecemasan melalui satelit tersedia. Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan SOS Kecemasan melalui satelit pada iPhone anda.
Jika tarikh lahir yang anda masukkan semasa menyediakan Apple Watch anda (atau menambahnya ke app Kesihatan pada iPhone) menandakan yang anda berusia 55 tahun dan ke atas, Pengesanan Jatuh diaktifkan secara automatik. Jika anda berusia antara 18 dan 55, anda boleh mengaktifkan Pengesanan Jatuh secara manual dengan melakukan yang berikut:
Pergi ke app Seting pada Apple Watch anda.
Pergi ke SOS > Pengesanan Jatuh, kemudian aktifkan Pengesanan Jatuh.
Anda juga boleh pergi ke app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, ketik SOS Kecemasan, kemudian aktifkan Pengesanan Jatuh.
Nota: Jika anda menyahaktifkan pengesan tangan, Apple Watch tidak akan cuba menghubungi perkhidmatan kecemasan secara automatik walaupun selepas ia mengesan kejatuhan impak tinggi.
Pilih “Sentiasa aktif” untuk membuatkan Pengesanan Jatuh aktif pada setiap masa, atau “Hanya aktif semasa latihan” untuk membuatkan Pengesanan Jatuh aktif hanya apabila anda memulakan latihan.
Jika anda berusia antara 18 dan 55 tahun, dan menyediakan Apple Watch baharu dengan watchOS 8.1 atau lebih baharu, Pengesanan Jatuh diaktifkan secara automatik hanya semasa latihan. Jika anda menaik taraf Apple Watch sedia ada anda daripada versi lebih awal watchOS, anda mesti mengaktifkan ciri “Hanya semasa latihan” secara manual.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Pengesanan Jatuh pada Apple Watch.
Nota: Apple Watch tidak boleh mengesan semua kejatuhan. Jika anda lebih aktif secara fizikal, lebih kemungkinan anda akan mencetuskan Pengesanan Jatuh kerana aktiviti impak tinggi boleh kelihatan seperti jatuhan.