Buka app pada Apple Watch
Dock memberikan anda akses cepat kepada app yang anda paling kerap gunakan. Anda boleh menambah sehingga 10 app ke Dock untuk akses mudah kepada app kegemaran anda. Skrin Utama membolehkan anda membuka sebarang app pada Apple Watch anda.
Buka app daripada Dock
Tekan butang sisi, kemudian putarkan Digital Crown untuk skrol menerusi app dalam Dock.
Ketik app untuk membukanya.

Pilih app yang muncul dalam Dock
Anda boleh pilih untuk menunjukkan app terbaru digunakan dalam Dock atau sehingga 10 app kegemaran anda.
Lihat app terbaru digunakan: Buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, ketik Dock, kemudian ketik Terbaru. App terbaru digunakan muncul di bahagian atas Dock dengan app lain di bawah, dalam tertib terakhir app dibuka.
Lihat app kegemaran anda: Buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, kemudian ketik Dock. Pilih Kegemaran, ketik Edit, kemudian ketik
bersebelahan app yang anda mahu tambah. Seret
untuk menukar tertibnya.
Apabila anda memilih Kegemaran, app terbaru digunakan muncul di bahagian atas Dock, membenarkan anda untuk membukanya semula dengan cepat. Untuk menambah app tersebut ke Dock, ketik Kekal di Dock.
Keluarkan app daripada Dock: Tekan butang sisi, kemudian putar Digital Crown ke app yang anda mahu keluarkan. Leret ke kiri pada app, kemudian ketik X.
Bertukar daripada Dock kepada skrin Utama: Skrol ke bahagian bawah Dock, kemudian ketik Semua App.
Petua: Anda juga boleh menambah app yang selalu anda gunakan sebagai komplikasi ke muka jam. Lihat Sesuaikan muka jam.
Paparkan app anda pada grid atau dalam senarai
Skrin Utama boleh memaparkan app dalam paparan grid atau senarai. Untuk memilih satu, ikuti langkah ini:
Tekan Digital Crown untuk pergi ke skrin Utama.
Tekan paparan dengan kuat, kemudian ketik Paparan Grid atau Paparan Senarai.
Buka app daripada skrin Utama
Cara anda membuka app bergantung pada paparan yang anda pilih.
Paparan grid: Ketik ikon app. Jika anda sedang melihat skrin Utama, anda boleh putar Digital Crown untuk buka app yang berada di tengah paparan.
Paparan senarai: Putar Digital Crown, kemudian ketik app.
Untuk kembali ke skrin Utama daripada app, tekan Digital Crown sekali, kemudian tekan ia sekali lagi untuk bertukar kepada muka jam (atau, dalam paparan grid, ketik pada skrin Utama).
Untuk membuka app terakhir yang anda gunakan dengan cepat semasa melihat app lain atau muka jam, dwiklik Digital Crown.