Buka app pada Apple Watch
Skrin Utama membolehkan anda membuka sebarang app pada Apple Watch anda. Dock memberikan anda akses cepat kepada app yang anda paling kerap gunakan. Anda boleh menambah sehingga 10 app ke Dock untuk akses mudah kepada app kegemaran anda.
Paparkan app anda pada grid atau dalam senarai
Skrin Utama boleh memaparkan app dalam paparan grid atau senarai. Untuk memilih satu, ikuti langkah ini:
Buka app Seting pada Apple Watch anda.
Ketik Paparan App, kemudian ketik Paparan Grid atau Paparan Senarai.
Anda juga boleh membuka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, ketik Paparan App, kemudian ketik Paparan Grid atau Paparan Senarai.
Buka app daripada Skrin Utama
Cara anda membuka app bergantung pada paparan yang anda pilih.
Paparan grid: Ketik ikon app. Jika anda sedang melihat Skrin Utama, anda boleh memutar Digital Crown untuk membuka app yang berada di tengah paparan.
Paparan senarai: Putar Digital Crown, kemudian ketik app.
Untuk kembali ke Skrin Utama daripada app, tekan Digital Crown sekali, kemudian tekan sekali lagi untuk bertukar kepada muka jam (atau, dalam paparan grid, ketik pada Skrin Utama).
Untuk membuka app terakhir yang anda gunakan dengan cepat semasa melihat app lain atau muka jam, dwiklik Digital Crown.
Buka app daripada Dock
Tekan butang sisi, kemudian putarkan Digital Crown untuk skrol menerusi app dalam Dock.
Ketik app untuk membukanya.
Pilih app yang kelihatan dalam Dock
Anda boleh pilih untuk menunjukkan app terbaru digunakan dalam Dock atau sehingga 10 app kegemaran anda.
Lihat app terbaru digunakan: Buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, ketik Dock, kemudian ketik Terbaru. App terbaru digunakan kelihatan di bahagian atas Dock dengan app lain di bawah, dalam tertib terakhir app dibuka.
Lihat app kegemaran anda: Buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, kemudian ketik Dock. Pilih Kegemaran, ketik Edit, kemudian ketik bersebelahan app yang anda mahu tambah. Seret untuk menukar tertibnya.
Apabila anda memilih Kegemaran, app terbaru digunakan kelihatan di bahagian atas Dock, membenarkan anda untuk membukanya semula dengan cepat. Untuk menambah app tersebut ke Dock, ketik Kekal di Dock.
Keluarkan app daripada Dock: Tekan butang sisi, kemudian putar Digital Crown ke app yang anda mahu keluarkan. Leret ke kiri pada app, kemudian ketik X.
Bertukar daripada Dock kepada Skrin Utama: Skrol ke bahagian bawah Dock, kemudian ketik Semua App.
Petua: Anda juga boleh menambah app yang selalu anda gunakan sebagai komplikasi ke muka jam. Lihat Sesuaikan muka jam.