Gunakan VoiceOver pada Apple Watch
VoiceOver membantu anda menggunakan Apple Watch anda walaupun jika anda tidak boleh melihat paparan. Gunakan gerak isyarat mudah untuk bergerak sekitar skrin dan mendengar VoiceOver menyebut setiap item anda pilih.
Aktifkan atau nyahaktifkan VoiceOver
Buka app Seting pada Apple Watch anda.
Pergi ke Kebolehcapaian > VoiceOver, kemudian aktifkan VoiceOver.
Untuk menyahaktifkan VoiceOver, dwiketik butang VoiceOver.
Minta Siri. “Aktifkan VoiceOver” atau “Nyahaktifkan VoiceOver.”
Anda juga boleh menggunakan iPhone anda untuk mengaktifkan VoiceOver untuk Apple Watch anda—buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, pergi ke Kebolehcapaian, kemudian ketik pilihan VoiceOver. Atau, gunakan Pintasan Kebolehcapaian.
Gunakan VoiceOver untuk persediaan
VoiceOver dapat membantu anda menyediakan Apple Watch anda—klik tiga kali Digital Crown semasa penyediaan. Untuk arahan langkah demi langkah, lihat Sediakan Apple Watch menggunakan VoiceOver.
Laraskan seting VoiceOver
Anda boleh melaraskan kelakuan VoiceOver daripada iPhone anda. Hanya buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, kemudian pergi ke Kebolehcapaian > VoiceOver untuk melakukan yang berikut:
Nyahaktifkan VoiceOver: Dwiketik butang VoiceOver.
Laraskan kadar percakapan: Seret gelangsar Kadar Percakapan.
Dengar masa apabila anda angkat pergelangan tangan anda: Aktifkan Cakap Apabila Tangan Diangkat.
Nyahktifkan paparan untuk privasi semasa menggunakan VoiceOver: Aktifkan Tabir Skrin.
Petua: Tabir Skrin menyahaktifkan skrin. Untuk mengaktifkan paparan semula, buka app Apple Watch pada iPhone anda, pergi ke Kebolehcapaian > VoiceOver, kemudian ketik Tabir Skrin.
Gerak isyarat VoiceOver
Gunakan gerak isyarat ini untuk mengawal Apple Watch anda dengan VoiceOver.
Terokai skrin: Gerakkan jari anda sekitar paparan dan dengar nama setiap item anda sentuh disebut. Anda juga dapat ketik dengan satu jari untuk memilih item, atau leret ke kiri atau kanan dengan satu jari untuk memilih item bersebelahan. Leret ke kiri atau kanan, atas atau bawah dengan dua jari untuk melihat halaman lain.
Kembali: Jika anda telah pergi ke laluan yang anda tidak jangkakan, lakukan gosokan dua jari: gunakan dua jari untuk melakar bentuk “z” pada paparan.
Bertindak pada item: Dengan VoiceOver aktif, gunakan dwiketik daripada sekali ketik untuk membuka app, menukar pilihan, atau melakukan sebarang tindakan yang kebiasaannya dilakukan dengan sekali ketik. Pilih ikon app, item senarai, atau tukar pilihan dengan mengetiknya atau leret padanya, kemudian dwiketik untuk melakukan tindakannya. Sebagai contoh, untuk menyahaktifkan VoiceOver, pilih butang VoiceOver, kemudian dwiketik di mana-mana pada paparan.
Lakukan tindakan tambahan: Kebanyakan item menawarkan beberapa tindakan—dengar untuk “aksi tersedia” apabila anda memilih item. Leret atas atau bawah untuk memilih tindakan, kemudian dwiketik untuk melakukannya.
Jeda bacaan: Untuk menghentikan bacaan VoiceOver, ketik paparan dengan dua jari. Ketik lagi dengan dua jari untuk menyambung.
Laraskan kelantangan VoiceOver: Ketik dua kali dan tahan dengan dua jari, kemudian leret ke atas atau bawah. Atau, buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, kemudian pergi ke Kebolehcapaian > VoiceOver dan seret gelangsar.